Wednesday, December 15, 2010

KELAS MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum' kawan-kawan, kenalan Facebook, adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu, dan sesiapa sahaja yg sudi menjengah ke blog saya ini'.

Senarai Jadual kelas ada disisi blog' cara pendaftaran juga ada saya jelaskan.Sempena musim cuti sekolah ini' kelas saya baru bermula dengan harga yuran promosi RM100 untuk setiap satu kelas' sesiapa sahaja yg mempunyai minat untuk belajar membuat kek dan sebagainya sila ikut cara pendaftaran saya, Jika tidak faham boleh hubungi saya terus 012 343 8896- Hayati

Jika minat sudah ada, tetapi tidak pernah membuat kek @ pernah mencuba @ ada peralatan untuk membuat kek dan tidak tahu nak mulakan bagaimana? Sila join kelas saya' belajar bukan hanya untuk berniaga, tetapi belajar untuk memenuhi citarasa keluarga dan yg paling penting kita hasilkan sendiri makanan yg bersih lagi halal disisi islam

Tidak perlu bersusah payah mencari bahan yang kadang kala kita sendiri tidak tahu dimana untuk mendapatkannya' tidak perlu risau kek yg akan dibuat mendap @ hangus di sebabkan tidak menggunakan bahan-bahan mahal, tapi perlu belajar teknik dan sama-sama berkongsi tips yg membuatkan kek itu cantik, sedap dan anda akan merasa bangga dengan hasil tangan keras anda sendiri @ kerja tangan anda sendiri :)

Jangan malu untuk belajar' tapi malu la jika tiba-tiba anak anda bertanya' IBU' BOLEH TAK BUATKAN KEK BESDAY MACAM KAWAN ABG PUNYA TU?? KAWAN ABG CAKAP IBU DIA PANDAI BUAT KEK.....SEDAPPPPPPPP KEK DIA...KALAU IBU PANDAI...ABG NAK KEK BEN10....macammana perasaan anda bila anak lelaki mahu pun perempuan menyoal soalan itu!???@@##%%&&*(%^&*()... mungkin dalam hati anda masa tu.....pelbagai perasaan timbul...untuk menjawab soalannya' cuma kata-kata pujukkan yang boleh diberikan padanya.

Mungkin anak itu cuba memahami situasi ibunya semasa itu....tetapi alangkan bangga anak itu bila ibunya sendiri membawa sebiji kek hasil dr buatan sendiri untuknya...melihat anak kita memotong kek yg kita hadiahkan di hari lahirnya' dijamah bersama kawan-kawan sambil bergurau manja'

TAHNIAH....akhirnya ibu berjaya menghasilkannya sendiri walaupun hanya sebiji kek.

Tujuan saya membuat kelas ini adalah untuk berkongsi ilmu yang ada' sama-sama berikan yang terbaik buat keluarga, memandangkan masa sekarang pelbagai produk yang dijual mempunyai bahan-bahan pengawet, tahan lama yang kita sendiri tidak tahu kesan kepada kesihatan kita' dengan menghasilkannya sendiri tanpa bahan pengawet malah lebih segar, bersih dan mengetahui halalnya.

Anda datang berlengang, pulang anda di nantikan oleh anak-anak dengan hasil kek buatan anda sendiri bersama kelas saya. Saya hanya berkongsi ilmu yang ada, dalam masa yang sama saya juga boleh belajar memperbaiki lagi diri saya.Anda yang akan membuat kek anda sendiri dari A - Z' dan anda juga lah yang akan membawa kesemuanya pulang untuk dihidangkan istimewa untuk anak-anak dan keluarga.

MOh Masak......JamU SeLerO....Hanan bakery, Rasah, Seremban ( 012 3438896-Hayati )

AKTIVITI BILA DAH LAMA TAK BUAT

       Hari ini agak pelik sbb dah lama tak teman hubby memancing' masa mula-mula berumahtangga dulu' sebelum ada anak' kerap kami memancing' sekarang agak sibuk dengan tanggunjawab masing-masing. Memandangkan seminggu ni anak-anak dikampung sempena cuti sekolah' hubby plak offday' jadi kami buat aktiviti luar rumah. Jam 3 petang ke bangi' beli stok untuk hanan bakery' dari bangi kami terus ke tempat memancing, hubby awal-awal dah siapkan 2 batang pancing dalam keta...kami ke Rasah Kemayan' dalam laluan rumah-rumah besar di situ ada kebun getah org melayu kita punya' dia buat kolam ikan' memang la nyaman di sana'sbb kawasan kolam tu dalam kebun getah' sejukkkkkk je' pemikiran pun tenang' dan toke kolam tu buat rumah dalam kebun getah tu...rumah banglo besar dan cantikkkkkk' bayaran memancing di kolam tu hanya RM10 untuk 3jam. Kami sampai di kolah kira-kira jam 5:45pm' ada lah 2 keluarga sedang lepak-lepak mancing' tapi tak nampak lagi ikan yg mereka naikkan...mungkin baru sampai jugak kot...!!

Saya cari tempat untuk duduk..hubby dah mula buat dedak untuk dipasang ke mata pancing' dia cucukkan stand ke tanah untuk handel batang pancing......saya hanya melihat je...sbb niat hanya nak temankan hubby' yg peliknya dalam kebun getah tu..tak ada nyamun pun....kalau bawak anak-anak berkelah sambil memancing pun OK jugak.......letak je pancing...tetiba talinya di sentak lurus...hubby baru nak betul-betulkan tempat duduknya' hubby pun angkat batang pancing dan nyentak laa.......ermmmmmm melopehhhh' upernya...ikan dalam kolam tu memain je....upan di mata kail habis....tp ikan tak lekat.....eeeeeeeeeeeeeeeeeeee gian dah mula datang' saya biarkan hubby layan batang pancing nya sambil dia mengidupkan puntung rokok di bibir...hehheheheh baik punya ayat'......hubby kalau mancing.....rokok tak de tak sahhhhh.....

Jam ditangan menunjukkan 6:45pm' hari pun dah gelap....saya ajak hubby balik' hubby kata Ok..dalam keta saya tanya hubby.....puas ke....kejam je dapat nyentak??? katanya....puas' walaupun takde hasil....sbb ayangnya teman.....:) sy senyummmmm lebooooo'

Alhamdulilah.....hubby dapat la hilangan letih keje ngan memancing walaupun sekejap...tapi kalau saya tak teman mungkin la 4-5jam dia larat layannnnn....

Apa pun saya gembira aktiviti memancing ini boleh membuatkan seseorg tu menilai tahap kesabaran yang ada dalam dirinya' hubby saya memang seorang yang sabar dari segala segi........nanti kalau saya g mancing lagi saya nak snap beberapa gambar buat tatapan bersama....kali nie lupa nak bawak camera....:)

NUR AMIRATUL HUDA & BARBIE DOLL KEK

Assalamualaikum semua'

Hari terakhir anak kedua saya bersama kawan-kawan di Smart Reader Kids, Taman Thivy Jaya, Seremban. Namanya Nur Amiratul Huda Bte Abdullah Sani' tahun depan akan melangkah ke sekolah baru' untuk sessi 2011 tahun 1 di Sekolah Dato Bandar Rasah. Dia minta ibu buatkan kek barbie doll sebelum habis sekolah untuk makan-makan dengan kawan-kawan dan cikgunya' alhamdulilah' saya sempat siapkan kek tersebut walaupun hanya hiasan biasa. Terasa seronok sangat bila lihat huda gembira potong kek dan menjamu kawan-kawan di hari akhir persekolah tadikanya disamping cikgu-cikgu. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk kenangan huda.

THANK YOU TEACHER'S.......HUDA LOVE U....

Saturday, December 11, 2010

KELAS KEK & HIASAN 5/12/2010

Kelas ini disertai oleh Pn.Norasila Mohamad dari Lukut, Port Dickson, Puan Norasila seronok dapat menghias 3 biji kek pada hari kelas dijalankan. Walaupun pada mulanya susah untuknya membuat bunga rose' namun dengan usahanya hampir 1jam' beliau berjaya juga.
sedang melepa kek dengan Fresh Cream
menyikat kek supaya kelihatan kemas
Memutar Fresh Cream sehingga kembang
Black Forest Cake
Leka membuat Bunga Rose dr buttercream
Akhirnya dengan usaha yang lebih' berjaya jua menghasilkan bunga rose ini
Pertama kali menganyam bakul, namun nampak kemas
( Basket Flower Cake )
Kek Chocolate Ganache
Kek yang baru masak sebelum dihias seperti diatas
Pn Norasila membawa pulang kesemua kek yang beliau hias sendiri. TAHNIAH buat beliau akhirnya berjaya menghias kek' semoga ilmu yang kita kongsikan bersaman ini akan diberkati dan berjaya melakukannya sendiri. SELAMAT BERJAYA & TERIMA KASIH



~@Sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara menghias kek diatas, Sila daftar sebagai pelajar di Hananbakery @ SMS/CALL 012 3438896 @~

Friday, December 10, 2010

CHOCOLATE HANTARAN

Chocolate ini ditempah 3 hari sebelum adik nurul ain nak guna sebagai hantaran perkhawinannya' dia nak 2 kotak je' yg dalam kotak biasa tu untuk makan-makan. Diseremban ni bukan senang nak dapatkan bekas-bekas yg cantik macm di Yummie....apa pun ini adalah Pack Ekonomi...


Chocolate dalam bekas silver ni la yang nurul ain buat hantaran untuk suaminya dr terengganu....rasanya tak sompek sampai terengganu dah selosai nie...:) apa pun terima kasih nurul ain' TAHNIAH' SELAMAT PENGANTIN BARU 10/12/2010...

TERIMA KASIH BUAT SEMUA PENGUNJUNG

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog HananBakery  :)' alhamdulilah atas semua sokongan kawan2 kenalan2, kini jumlah pengunjung http://bahulutikir.blogspot.com telah mencecah 1000 ++ lebih walaupun baru berusia 1 bulan lebih sahaja' cuma saya kurang mendapat komen dr kawan2 dan kenalan2, Jika singgah di blog ini, sila la tinggalkan komen2 yg boleh memberikan peluang kepada HananBakery memperbaiki lagi kekurangannya. HananBakery akan menerima apa jua komen2 @ nasihat yg boleh membantu memperbaiki kelemahan yang tidak di sedari sendiri.

HANAN BAKERY
( Rasah, Seremban Negeri Sembilan )
BAHAGIAN PENGURUSAN 
( En Abdullah Sani B. Talib )
TUKANG MASAK & PERANCANG MENU 
( Pn Noor Hayati Bte Ghazalli )

Kini Hananbakery telah memulakan kelas dirumah sendiri iaitu di Rasah, Seremban' kesemua kelas yg dianjurkan adalah kelas memasak dimana sesiapa yg berminat akan mendaftar dan datang belajar. Bermula dr jam 9.30pg sehingga siap. Pelajar akan diterangkan terlebih dahulu dengan kelas apa yg hendak diikuti. Kemudian pelajar sendiri akan melakukannya dr awal sehinggalah akhir.Ini adalah kerana Hananbakery ingin memberi peluang kepada pelajar sendiri mencuba membuat kek dengan bantuan tips2 dan teknik2 yang hananbakery akan berikan.

Hananbakery juga mengajar berpandukan resipi dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan lebih ekonomi, ini adalah kerana hananbakery tidak mahu menyusahkan pelajar mencari bahan-bahan yang tidak boleh didapati sendiri apabila pulang kerumah kelak. Walaupun hanya menggunakan bahan-bahan mudah' pelbagai kek jugak boleh dihasilkan, apa yang pasti' kita boleh menghasilkannya sendiri dan memberikannya kepada insan tersayang.

Hananbakery mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat dan mempunyai minat untuk belajar membuat kek sendiri, sila semak senarai jadual dan cara untuk mendaftar. Jika ingin bertanya sila hubungi Pn Hayati yang akan memberi penerangan tentang kelas.

TERIMA KASIH SEMUA' TANPA MU SIAPALAH DAKU 

Thursday, December 9, 2010

Kelas Basic Kek ( Kek Mentega & Kek Span )

Assalamualaikum...alhamdulilah' hari ni 9hb Dec' Pn Shamsiah dr Kuala Pilah datang belajar. Oleh kerana semangat nak belajar buat kek' dia datang awal dengan anak daranya' intan' Pn Shamsian sebenarnya diantara kawan lama saya yg hampir 16 tahun tak jumpa'kami berjumpa semula dalam Facebook' kebetulan minat kami sama' panjang menjela kami bercerita sambil membancuh kek' mungkin sedapnya kek yg Pn Shamsiah buat adalah di sebabkan percikkan air liur kami...hahahhahahah....

Sayangnya dek kerana leka berborak' saya pun lupa nak ambil gambar' sekali lagi gambar semasa kelas tak di ambil' ini tak boleh diamalkan' lain kali kena perbaikki lagi' kena ada gambar semasa workshop baru best nak upload dalam blog' 

Sempat juga kami ke Giant' Senawang' pekena Nasi Ayam ( katanya sOdap ) boleh tahan la' tapi sOp guna kiub ayam dan tawOOOO hebehhh...:) tapi kalau den buek laieee sOdap!!!! sobab tu tak buekkk...:) Selepas kami makan, saya ke ILOVE2BAKE ( Kedai bakery ) di Seremban Jaya' Puan Shamsiah borong barang-barang' apa barang yang dia gunakan masa saya ajar dirumah, barang yang sama jugak dia nak beli...sampaikan nak beli penyukat tu' nak juga yang sama....tapi tak adO....nie mungkin CINTA sudah berputik dengan peralatan bakery...hahahahhahaha :)

Alhamdulilah' selepas ini akan bertambahlah Usahawan melayu di Kuala Pilah' CINTA SUDAH BERPUTIK....nak bisnes kek' Tahniah....

Tuesday, December 7, 2010

KELAS DAH MULA

Assalamualaikum...alhamdulilah kelas Hananbakery dah pun bermula pada 4hb & 5hb Dec lepas. Terima kasih buat Kak Izwani dr Tmn Tuanku Jaafar, Seremban dan Kak  Ayu dr Lukut , PD. Alhamdulilah' mereka berpuashati dengan apa yg mereka pelajari.

Hananbakery membuat kelas berbeza dengan kelas-kelas masakan yang lain, dari segi bahan yang diguna dan cara menyediakan. Bahan-bahan yang digunakan MUDAH DIPEROLEHI, tidak menyusahkan pelajar mencari bahan yang merek sendiri tidak tahu dimana boleh didapati'

Hanya dengan menggunakan bahan yg mudah didapati dan bahan itu jugak adalah hasil pengeluaran dr produk malaysia yg mudah didapati di semua kedai, pasaraya di malaysia ini boleh menghasilkan kek yang sedap setanding penggunaan bahan-bahan yg bekualiti. Kek yg dihasilkan malah lebih sedap dan tidak mual bila dimakan banyak' bagi membantu kawan-kawan yang hanya mempunyai badget yang ekonomi malah memudahkan lagi mereka memenuhi pemintaan anak-anak tanpa perlu membeli kek apabila tarikh hari ulang tahun kelahiran menjelma. Hasilkannya sendiri'malah dijamin lebih bersih dan kita sendiri tahu apa bahan yang kita gunakan.

Kelas Hananbakery adalah sepenuhnya bekerja membuatnya sendiri, dari mengenal bahan, alatan, menimbang bahan2, memastikan semua bahan ada disediakan berpandukan resipi yg diberi dan mengadun bahan sehingglah membakar dan menghasilkan kek yang sekehendaki.




Thursday, December 2, 2010

KELAS BERSAMA ANAK-ANAK


HANAN BAKERY
No. 25 A, TNB Kurters
70300, Seremban
Negeri Sembilan
Tel :- 012 343 8896 – Pn Hayati


Hananbakery menjemput kanak-kanak perempuan untuk bersama mempelajari menghias cupcake dengan krim dan hiasan tambahan pada 3hb December 2010 (Jumaat) jam 3.00pm sehingga 5.00pm sahaja.

Sila bawa bekas (Tupperware) untuk mengisi hasil cupcake yang telah di hias sendiri untuk dibawa balik.

Kelas ini diadakan sempena pembukaan Kelas Memasak di rumah HANANBAKERY sendiri bermula 4hb December ini. Untuk kelas cupcake ini adalah PERCUMA. Senarai kelas-kelas lain’
 sila lawati BLOG ( http://bahulutikir.blogspot.com )


~Disediakan Oleh~ Pengurusan HB

Wednesday, December 1, 2010

ILMU UNTUK PEMINAT BARU

Mungkin baru nak berjinak-jinak dalam bidang nie....yang paling penting adalah minat' jika minat dah ada' semua boleh jadi' nak seribu daya tak nak seribu dalih kan!!.....kenapa org lain boleh buat' pasti anda juga boleh.....cuma hasilnya mungkin berbeza kerana percubaan pertama tidak akan mendapat hasil yg memuaskan melainkan anda rajin mencuba untuk kali yang seterusnya sehingga kepuashati anda terasa'.....beranikan diri memberi org lain merasa untuk mendapatkan maklum balas yang membolehkan anda memperbaiki lagi hasilnya..

PETUA MEMBUAT KEK UNTUK PEMINAT BARU
Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :

1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.


2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.


3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.


Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.


(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.


(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.


(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.


(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.


(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.


Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!

~ Sumber siFu^Noraini ~
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers