Saturday, April 6, 2013

JADUAL KELAS MEI 2013 - HANANBAKERY, RASAH

TERLEPAS kelas bulan April, jOmmmm masuk kelas Mei ni..atau nak REQUEST PERSONAL CLASS ! Boleh je' CALL /SMS 012 343 8896 - Untuk keterangan lanjut


JADUAL MEI 2013

1 Mei 2013  - Kemaafan dipohon' Untuk 1 Mei' Hananbakery tidak mengadakan sebarang KELAS MASAKAN, ini adalah kerana saya ada PROJEK BAHULU untuk Doorgift dari 29/4/2013 sehingga 2/5/2013.


Friday, April 5, 2013

JADUAL KELAS APRIL 2013 (HANAN BAKERY, RASAH, SEREMBAN)

Kepada pengunjung yang baru melawati blog ini, SILA LIHAT SEBELAH KIRI BLOG INI ' Jadual Hanan - untuk syarat-syarat kelas Hananbakery dan SENARAI KELAS HANAN ( Bhg bawah ) Terdapat senarai kelas- kelas yg Hananbakery anjurkan untk sesiapa sahaja yg berminat.

JADUAL APRIL 2013

13 APRIL 2013 ( Sabtu )
KELAS SEMI HANDON (RM150) - Kek Redvelvet Cream Cheese & Chocolate Moist






14 APRIL 2013 ( Ahad )
KELAS HandOn (RM120) - Kek Chocolate ROSE ( Membuat Rose menggunakan chocolate )



20 APRIL 2013 ( Sabtu )
KELAS Hand0n ( RM180 Group) - Anika Tart (  Membuat shell tart 2 jenis dan 5 Jenis Filling tart  )





21 APRIL 2013 ( Ahad )
KELAS HandOn ( RM 180 - Group ) - Kelas Kek Hiasan ( 3 Jenis hiasan kek , Black Forest, Basket Flower & Ganache ) -Belajar membuat rose hiasan




27 APRIL 2013 ( Sabtu )
KELAS HandOn (RM200) - KELAS MODUL KHAS






28 APRIL 2013 ( Ahad )
KELAS HandOn (RM150 - Group) - Kuih BAHULU ( Bahulu Hantaran, Bahulu Pecah 8, Bahulu Gulung )





SESIAPA YG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KELAS DIATAS BOLEH HUBUNGI @ SMS 012 343 8896 UNTUK KETERANGAN LANJUT 

DEPOSIT KELAS PERLU DIBANK IN SEAWAL SEMINGGU SEBELUM KELAS BERMULA , SELEPAS BANK IN DEPOSIT SEGERA INFORM SMS 012 343 8896 UNTUK MEMUDAHKAN NAMA ANDA DICATATKAN UTK KELAS PILIHAN ANDA


- Hayati -

Thursday, April 4, 2013

KELAS MODUL KHAS UNTUK YG ZEROOooo tentang KEK

JOMMMMM JOIN....

Kepada sesiapa yg mmg ZEROOOOoo ttg baking' tak kira la tak pandai wat kek besar, kek kecil, span kek, kek yg biasa je....Jommmm saya ajarkan, share ilmu dan lepas tu boleh terus pandai dan tiap-tiap hari nak try buat kek, nak bg jiran-jiran, saudara mara  rasa, lepas tu dapat ORDER.......NAKKKK ?????JOMMMMM......DAFTAR CEPAT ....

1 RUMAH 1 KEK

Sebut pasal KEK, macam-macam jenis kek, rasa kek dan pelbagai bentuk, corak, warna dan ada pelbagai cara dan teknik membuatnya. SIAPA SUKA MAKAN KEK?? - Sekarang glemerrrr di wall FB, kekawan duk post' gambar kek coklat moist dlm pack kecil yg dijual dengan harga kurang dr RM10 /pack' tiap2 hari duk order beli ngan kekawan kan, sbb XPUAS makan.. APA KATA CUBA BUAT SENDIRI, MAKAN PUAS, MANE TAHU BOLEH BERNIAGA MACAM KAWAN TU PLAK!!!!! Nakkkkk ?????

Jommmm DAFTAR KELAS MODUL KHAS dengan TEMA 1 RUMAH 1 KEK ... Cer ajak kekawan yg sesama minat makan kek tu JOIN KELAS MODUL KHAS ni sekali'

APA BESTNYE KELAS MODUL KHAS INI ?

- Anda DAFTAR - 1 HARI BELAJAR A - Z tentang pembuatan BASIC KEK iaitu KEK SPONGE dan KEK BUTTER, HIASAN KEK, HIASAN SAMPINGAN & SHARE TIPS-TIPS BERNIAGA KEK UNTUK YANG BARU NAK MULA BERNIAGA (HOMEMADE PRODUK)

- Anda DAFTAR - RESIPI LENGKAP DISEDIAKAN, PENGENALAN TENTANG PERALATAN UTK MEMBUAT KEK, MENGHIAS KEK DAN CARA PACKING KEK UNTUK DIJUAL

-Anda DAFTAR - ANDA SENDIRI AKAN MEMBUAT KEK DAN SEMUA HIASAN ITU DR AWAL HINGGA AKHIR DAN APA YG ANDA BUAT ANDA SENDIRI AKAN BAWA KESEMUANYA PULANG, HASIL KERJA TANGAN KERAS ANDA

-Anda DAFTAR - SELEPAS MENGHADIRI KELAS INI, ANDA AKAN TAHU SENDIRI BAKAT TERPENDAM ANDA SELAMA INI...yang ANDA boleh membuat kek dan menghias kek dan yang paling penting anda juga boleh menjadikannya SIDE INCOME untuk diri anda dan keluarga...

SIAPA NAK JOIN??????? JOM DAFTAR SEGERA ------> CALL @ SMS 012 343 8896

KELAS PERTAMA MODUL KHAS PADA 
21 APRIL 2013 & 27 APRIL 2013 


KELAS MODUL KHAS 

YURAN : RM200

MASA : 10pg - Selesai

TEMPAT : Hanan Bakery, Rasah, Seremban

MINIMUM KELAS UNTUK 1 SESSI : 10 org 

( SILA DAFTAR SEGERA SUPAYA ANDA MENJADI ORG PERTAMA YG BERJAYA)



-Hayati-

HARGA KELAS ADA PERBEZAAN

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan, kenalan fb, student-student dan sesiapa sahaja yg baru @ dah lama menjadi pengujung blog ini.

Beberapa perubahan pada HARGA KELAS, BERKUMPULAN @ PERSEORANGAN.... Sesiapa yg berminat untuk menghadirikan diri ke Hananbakery dan mengikuti kelas-kelas yg tersenarai di sebelah kiri blog ini, boleh membuat pilihan kelas, tentukan tarikh anda dan SMS 012 343 8896, boleh hubungi juga sekiranya tidak ada jawapan dr saya, tinggalkan SMS anda


KERJA GILA ' NASIB EMAK ADA


Siapa kenal dia ni??

Best gileee dia bagi ceramah share ilmu yg dia ada dlm SEMINAR BERANI BERNIAGA 2013 DI MELAKA pada 24/3/2013 lepas...

Menjadi kerja gile pada saya, dalam keadaan berpantang boleh plak daftar seminar ni dan terus dapat pergi dengan emak dan kaklong serta kakngah saya....ALHAMDULILAH, Semuanya selamat

TERIMA KASIH kaklong jadi drebar i hr tu ye.... :)

Sesiapa yg ada nampak iklan ttg seminar @ apa2 kursus yg lelaki bernama DR.AZIZAN OSMAN ni...pergi la join...mmg tak rugi, best gilerrrrrrrrrrrrrrrr....

TERIMA KASIH DAO :)

LAHIRNYA SEORG PUTERA 26 FEBUARI 2013

Assalamualaikum kepada semua pengujung blog saya, maaf sangat2 sbb sepi tanpa mengupdate sebarang aktiviti dan berita terkini lagi sensasi....apa2 maklumat terkini sy biasa update di wall FB saya, nnti sesiapa yg belum add FB saya, sila la add, link FB ada di sebelah kanan blog ini ( FB - Hayati -Tulisan jawi )

Citer pasal kelas sikit ye.....
Beberapa kelas masakan awal febuari sempat di jalankan lagi sebelum sy bersalin, nak update blog tak sempat, jadi hari ni sy ambk jugak kesempatan mengupdate sambil bersantai di dalam wad ni.

Ada beberapa kelas telah berjalan lancar pada awal feb lepas, tp terpaksa di hentikan pada pertengahan feb sbb dah mula rasa sakit bersalin. 

Ramai yg cll sms nk tanya kelas dan membuat tempahan, namun sy terpaksa menolak kerana sy tidak larat lagi memenuhi pemintaan pelanggan dengan keadaan yg sarat mengandung.

Citer nak bersalin plak.... ( hehhehe )
Pada 23/2 sy buat follow up baby, doktor pakar scan mcm biasa je, tetiba ada sesuatu yg agak memeranjatkan, air ketuban dah kurang, baby makin membesar,masa tu 3.4kg, doktor mintak sy datang semula pada 25/2.

24/2 - Jam 7pg-8.30mlm
Baby kurang pergerakkannya, saya dah mula risau, lepas hubby habis keje, sy mintak dia temankan saya ke hospital, sampai hospital jam 8:50mlm dilabour room, mula dengan cek pakai CTG, ( wayar kt perut tu ), mmg ada sakit sbb boleh tahu dr mesin tu, sy terus admit jam 12.30am, bilik 91, Hospital colombia asia, seremban

Malam tu di temani hubby tdo di wad...

25/2 - 8.45pg
Dari wad ke klinik doktor pakar saya utk scan lagi, keputusan nya sy kena operate jgk kerana air ketuban dah mmg kurang sangat, date yg dipilih 26/2,mulanya doktor nak buat pagi jam 8pg, sy setuju je, tapi beberapa jam kemudian, doktor datang kebilik bg tahu darah sy tak cukup utk operate, hanya hb saya 9.5, sebaiknya HB 10, utk jalankan pembedahan, doktor tangguh minta tengahari 26/2 baru on operation. Saya setuju je, sbb kena tunggu stok darah dlu ..nanti berlaku apa2 masalah senang nak backup.

26/2 -5.45pg - Sarapan seawal sahur, macam nak puasa bulan ramadhan plak....tp mmg kena puasa sbb nak operation sekurang-kurangnya 8jam sebelum operation. mmg lapar sgt la sbb minum setitik air pun tak boleh, sy layan mata dan lelap sampai jam 11pg, 12tgh layan tv plak sampai kul 1.30tgh, pastu bangun dan terus g mandi sepuas-puasnya sbb nak g operation dah kul 2ptg tu.

26/2 - JAM 2PM
En hubby ada di wad temankan saya, jam 2ptg sy bersiap utk ke operation room, dr wad 91 sy baring atas katil dan ditolak oleh 2 nurse ke lif utk turun ke operation room, sampai bilik operation semua nampak ok lagi, perasaan risau, takut, berdebar semua ada, sy sempat membaca apa yg patut sebelum bermulanye operation, sy nampak doktor intan, doktor bius dan beberapa nurse dlm bilik tu, bermulalah proses sy di beri oksigen,, doktor bius cucuk ubat tdo, dan sy tiba2 mmg hilang seketika, di panggil kedengaran suara yg jauh sangat2' mereka tarik dan alihkan saya ke katil dan sedarkan saya sehingga sy tanya baby saya pada nurse

26/2 -JAM 4PM
Saya ditolak ke wad 91 semula, mak, anak2 dan suami dah menunggu, rupanya mak dah tengok baby saya, katanya putih gebu, sy pun tak sabar nak tengok dia, sy mula sedar jam 5ptg, sy mintak nurse bawakan bby ke bilik sbb nak tengok bby saya, dapat saya lihat anak lelaki saya ABDULLAH NIYAZ NU'MAN,

Ya allah syukur pada mu atas kurnian ini, sempurna sifatnya, putih gebu kulitnya, wajahnya seakan-akan hubby, tp matanya lelap je, tdo je bila saya nak susukan dia pun sy tak pasti sbb sakit di perut masih terasa sakit sangat'

27/2 - Pagi ni saya dah mula bleh bangun dan berjalan ke nursery melihat bby saya' dan boleh menyusukan sendiri di nusery.







Alhamdullilah syukur pd mu yg allah atas kurniaan mu, kini sy dah ada seorg putera diantara 3 puteri ini....TERIMA KASIH ALLAH....

Hari ini 4 April 2013, hari berpantang sy hampir selesai, tak sabar rasanya nak membaking semula, Terima kasih kepada semua kawan-kawan, student dan peminat Hananbakery atas sokongan anda semua. LOVEUALL





Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers