Thursday, April 4, 2013

LAHIRNYA SEORG PUTERA 26 FEBUARI 2013

Assalamualaikum kepada semua pengujung blog saya, maaf sangat2 sbb sepi tanpa mengupdate sebarang aktiviti dan berita terkini lagi sensasi....apa2 maklumat terkini sy biasa update di wall FB saya, nnti sesiapa yg belum add FB saya, sila la add, link FB ada di sebelah kanan blog ini ( FB - Hayati -Tulisan jawi )

Citer pasal kelas sikit ye.....
Beberapa kelas masakan awal febuari sempat di jalankan lagi sebelum sy bersalin, nak update blog tak sempat, jadi hari ni sy ambk jugak kesempatan mengupdate sambil bersantai di dalam wad ni.

Ada beberapa kelas telah berjalan lancar pada awal feb lepas, tp terpaksa di hentikan pada pertengahan feb sbb dah mula rasa sakit bersalin. 

Ramai yg cll sms nk tanya kelas dan membuat tempahan, namun sy terpaksa menolak kerana sy tidak larat lagi memenuhi pemintaan pelanggan dengan keadaan yg sarat mengandung.

Citer nak bersalin plak.... ( hehhehe )
Pada 23/2 sy buat follow up baby, doktor pakar scan mcm biasa je, tetiba ada sesuatu yg agak memeranjatkan, air ketuban dah kurang, baby makin membesar,masa tu 3.4kg, doktor mintak sy datang semula pada 25/2.

24/2 - Jam 7pg-8.30mlm
Baby kurang pergerakkannya, saya dah mula risau, lepas hubby habis keje, sy mintak dia temankan saya ke hospital, sampai hospital jam 8:50mlm dilabour room, mula dengan cek pakai CTG, ( wayar kt perut tu ), mmg ada sakit sbb boleh tahu dr mesin tu, sy terus admit jam 12.30am, bilik 91, Hospital colombia asia, seremban

Malam tu di temani hubby tdo di wad...

25/2 - 8.45pg
Dari wad ke klinik doktor pakar saya utk scan lagi, keputusan nya sy kena operate jgk kerana air ketuban dah mmg kurang sangat, date yg dipilih 26/2,mulanya doktor nak buat pagi jam 8pg, sy setuju je, tapi beberapa jam kemudian, doktor datang kebilik bg tahu darah sy tak cukup utk operate, hanya hb saya 9.5, sebaiknya HB 10, utk jalankan pembedahan, doktor tangguh minta tengahari 26/2 baru on operation. Saya setuju je, sbb kena tunggu stok darah dlu ..nanti berlaku apa2 masalah senang nak backup.

26/2 -5.45pg - Sarapan seawal sahur, macam nak puasa bulan ramadhan plak....tp mmg kena puasa sbb nak operation sekurang-kurangnya 8jam sebelum operation. mmg lapar sgt la sbb minum setitik air pun tak boleh, sy layan mata dan lelap sampai jam 11pg, 12tgh layan tv plak sampai kul 1.30tgh, pastu bangun dan terus g mandi sepuas-puasnya sbb nak g operation dah kul 2ptg tu.

26/2 - JAM 2PM
En hubby ada di wad temankan saya, jam 2ptg sy bersiap utk ke operation room, dr wad 91 sy baring atas katil dan ditolak oleh 2 nurse ke lif utk turun ke operation room, sampai bilik operation semua nampak ok lagi, perasaan risau, takut, berdebar semua ada, sy sempat membaca apa yg patut sebelum bermulanye operation, sy nampak doktor intan, doktor bius dan beberapa nurse dlm bilik tu, bermulalah proses sy di beri oksigen,, doktor bius cucuk ubat tdo, dan sy tiba2 mmg hilang seketika, di panggil kedengaran suara yg jauh sangat2' mereka tarik dan alihkan saya ke katil dan sedarkan saya sehingga sy tanya baby saya pada nurse

26/2 -JAM 4PM
Saya ditolak ke wad 91 semula, mak, anak2 dan suami dah menunggu, rupanya mak dah tengok baby saya, katanya putih gebu, sy pun tak sabar nak tengok dia, sy mula sedar jam 5ptg, sy mintak nurse bawakan bby ke bilik sbb nak tengok bby saya, dapat saya lihat anak lelaki saya ABDULLAH NIYAZ NU'MAN,

Ya allah syukur pada mu atas kurnian ini, sempurna sifatnya, putih gebu kulitnya, wajahnya seakan-akan hubby, tp matanya lelap je, tdo je bila saya nak susukan dia pun sy tak pasti sbb sakit di perut masih terasa sakit sangat'

27/2 - Pagi ni saya dah mula bleh bangun dan berjalan ke nursery melihat bby saya' dan boleh menyusukan sendiri di nusery.







Alhamdullilah syukur pd mu yg allah atas kurniaan mu, kini sy dah ada seorg putera diantara 3 puteri ini....TERIMA KASIH ALLAH....

Hari ini 4 April 2013, hari berpantang sy hampir selesai, tak sabar rasanya nak membaking semula, Terima kasih kepada semua kawan-kawan, student dan peminat Hananbakery atas sokongan anda semua. LOVEUALL





1 comment:

Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers