Wednesday, December 21, 2011

KELAS HANAN BAKERY 2012

Untuk kelas hanan bakery 2012' sesiapa sahaja boleh request sebelum saya ON jadual saya sendiri' CALL 012 343 8896 Hayati dan inform saya kelas apa??? BANK IN DEPOSIT ke akaun MAYBANK HANAN BAKERY' dan pastikan syarat2 yg sepatutnya utk seorang dan berkumpulan'...


2 JANUARI 2012 - KELAS BASIC CUPCAKE BUTTERCREAM/FODANT - Masliana,Sarafiza,Rafeah

- SESIAPA YANG BERMINAT SILA CALL 0123438896, UNTUK KETERANGAN LANJUT -

Tuesday, December 20, 2011

KELAS SELEPAS DOMAM

KEK HIASAN 20hb Dec 2011

Alhamdulilah' dipermudahkan kelas hari ini bersama kak azian dan fariha, dah hampir 1bulan kelas tak ada sbb kursus dan domam' akhirnya hari ini kelas ON semula.



Layan gambar bersama kak azian dan fariha' Terima kasih wat fariha sbb gambar ni...tetiba camera cap ayam den masalah plak.....aduhaiiiiii

Sunday, December 18, 2011

KURSUS LPU 30hb November - 10hb December 2011

Assalamualaikum buat semua pengunjung setia blog Hanan Bakery...

Alhamdulilah bersua kembali di laman blog ini' bersawang, berabuk tebal dah blog ni, hampir 3 minggu juga blog tak diupdate oleh tuan empunya blog, setelah 10 hari berkursus di PD Golden Strait Villas' balik kursus demam terlantar hampair 1 minggu. Kelas dan beberapa tempahan perlu di tunda dan dibatalkan diatas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.

Namun Allah masih memberikan kesempatan buat insan ini' masih ada peluang yang diberikan untuk meneruskan perjuangan ini, meneruskan kehidupan ini. Terima kasih buat Suami tercinta yang bertanggungjawab atas semua urusan dr waktu kursus sehingga la selesai dan sambung pula hari-hari demam yang tidak disangkakan, Buat anakanda2 tersayang' yang sanggup membantu dan menjaga ibu sewaktu demam...sehingga anakanda2 jua demam akibat jangkitan' dan kini ALHAMDULILAH SYUKUR SEMUANYA KEMBALI SIHAT SEPERTI SEDIA KALA.

Buat semua kenalan, kawan-kawan,pelanggan2, adik2 dan sesiapa sahaja yang mengikuti dan baru ingin hadirkan diri ke Hanan Bakery tetapi terpaksa dibatalkan harap MAAF, dan kepada semua pelajar-pelajar Hanan Bakery yg nak sambung kelas'Kemaafan jua dipohon...atas sebab-sebab yang tidak disangkakan berlaku.

Insyallah, Kelas dan tempahan dibuka semula mulai 19hb December' sebarang pertanyaan dan apa jua persoalan yang tidak terjawab boleh hubungi 012 343 8896 @ 06 7616173' Insyallah saya akan cuba menjawab segala apa jua persoalan.

( huhuuhuhhhh letihnya membebel' apa pun saya amat gumbira kerana melepasi kursus LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN selama 10 hari bersama beberapa usahawan-usahawan. Bukan senang nak jadi Usahawan yang berjaya' banyak ilmu yang perlu dipelajari, banyak nombor-nombor yang perlu di kira dengan betul, banyak tips-tips yang perlu diketahui' Terima kasih buat Pakwan'En Azar, En Asri, En Fareas dan En Azlan yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semasa kursus, tak lupa jua kawan-kawan sekuliah.

Tuesday, November 22, 2011

KELAS BERSAMA Si Comel

CUPCAKE HIASAN
21 Nov 2011 10am - KELAS BERSAMA SI COMEL


Alhamdulilah, kelas kali ini disertai oleh 6 org pelajar yg comel' kami sama-sama membuat adunan kek cawan dan menghiasnya

Kelas selelai jam 2ptg, TERIMA KASIH buat Kak Haslinda, Kak Azlina, Pn. Suhana dan Kak Linda Azmi sudi menghantar anak2 untk sama-sama join buat cupcake




Sesiapa berminat untuk menghantar anak-anak belajar membuat kek, Sila hubung 012 3438896

BELAJAR LAGI

KELAS ULANGAN

Bersama kak haslawati , ulang kelas untu menghias kek'bawa kek sendiri dr rumah, bancuh buttercream di kelas dan belajar sekali lagi menghias kek' ini adalah kerana dia ingin menyakinkan dirinya untuk mengambil tempahan kek selepas ini nanti.

SELAMAT BERJAYA

Sunday, November 13, 2011

KELAS KEK SANTAI 12/11/2011

Kelas kali ini di hadiri oleh kak ani dr senawang dan kak nana dr bkt kepayang, seremban.Mereka ni dah macam biasa sbb dah pernah join kelas sama sebelum ni' walaupun kelas kami mula agak lewat kira- jam 11.30am' atas sebab2 tertentu..tp sy seronok ngan kak ani dan kak nana' cara mereka bekerjasama dalam kelas' kelas kami selesai agak awal kira2 jam 4.30pm'..Masing2 berpuas hati dengan hasil kerja tangan mereka.

Selepas ini kak nana dan kak ani request kelas KEK GULUNG ( SWISS ROLL )...Insyallah permintaan dalam pertimbangan....


TERIMA KASIH

~ Sesiapa yg berminat utk mengikuti kelas KEK SANTAI, BOLEH LIHAT JADUAL AKAN DATANG UTK BULAN DECEMBER 2011 @ PERMINTAAN KELAS PADA HARI BIASA ~

CUPCAKE HANTARAN

UNTUK ADIK Dayah D'Mulat

SELAMAT BERTUNANG BUAT dayah, terima kasih atas tempahan, terima kasih jugak pada kawan-kawan dayah yg sudi datang ke kedai ambik tempahan, ada masa jemput la datang ke kedai ngan kawan ye!!


TERIMA KASIH ADIK DAYAH..... :)

Friday, November 11, 2011

KELAS CUTI SEKOLAH ( KHAS UTK SI COMEL )

Atas permintaan beberapa org kawan, untuk saya selitkan KELAS UTK SI COMEL sempena cuti sekolah kali ini'

KELAS BERSAMA SI MANJA

BERTEMPAT DI BENGKEL HANAN BAKERY, TMN AMPANGAN
MASA :- 21/11 - 25/11, 28/11 & 29/11
MULA :- 10am - 2pm
YURAN KELAS :- RM50 - RM60 (Utk 1 kelas)


SYARAT BENGKEL SI MANJA

1)Pilih kelas mana yg diminati utk simanja belajar dalam jadual KELAS SI MANJA
2)Hubungi 012 3438896 Hayati utk keterangan lanjut ttg kelas, DAFTAR NAMA SI MANJA
3)BANK IN DEPOSIT utk kelas si manja ke Maybank akaun HANAN BAKERY (No. akaun di bahagian atas blog )
4)Kelas bermula jam 10am' hantar si manja dan bawa PEN @ PENCIL dan KAIN LAP
5)SEMUA PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN UNTUK KELAS DISEDIAKAN OLEH HANAN BAKERY, SELESAI KELAS SEMUA HASIL KERJA SI MANJA AKAN DIBAWA PULANG

PENTING !!!!
Semasa kelas di bengkel Hanan Bakery berlangsung bersama SI MANJA anda, IBUBAPA DAN SESIAPA SAHAJA tidak dibenarkan menunggu di bengkel, hadir menjemput simanja pada waktu yg ditetapkan selepas kelas selesai. ( Pihak Hanan Bakery akan menghubungi IBUBAPA setelah kelas hampir selesai)


JADUAL KELAS

21/11 (RM50)- BASIC CUPCAKE * Buat adunan cupcake sendiri, Menghias cupcake dengan beberapa jenis hiasan yg akan diajar

22/11 (RM50)-PIZZA SI KECIL * Membuat adunan piza, menguli, dan membentuk dan menghias pizza sebelum dibakar, mempelajari cara membuat sos piza, menyediakan bahan-bahan utk piza

23/11 (RM50)- MELUKIS GAMBAR KARTON KEGEMARAN DIATAS KEK *Kek disediakan, mempelajari cara melukis gambar karton kegemaran si comel, mewarnakannya dan menghias kek sehingga selesai

24/11 (RM50)-JOM BUAT COKLAT * Mempelajari teknik membuat chocolate, mencairkan, mewarna, membentuk, membekukan dan menghias chocolate sendiri

25/11 (RM50) -DONUT HIASAN * Membuat donut sendiri, mengbentuk dengan beberapa jenis bentuk donut, menghias donut

28/11 (RM50) - SANTAI BUAT MEE KUNING ( MEE SOP & MEE KARI ) *Bersama membuat mee kuning dengan si kecil' belajar menyediakan Mee Sop dan Mee Goreng

29/11 (RM60) - KEK HIASAN EDIBLE IMAGE * Kek disediakan, si comel akan diajar basic utk menghias kek menggunakan buttercream dan edible image


~SESIAPA BERMINAT UTK MENGHANTAR SI COMEL MEREKA YG BERUMUR DR 7thn hingga 12 thn, BOLEH CALL 012 3438896 Hayati ~

TEMPAHAN

Beberapa gambar tempahan yg tak sempat di upload' dan terima kasih kepada semua kawan-kawan yg membuat tempahan di Hanan Bakery



- BEBERAPA JENIS TEMPAHAN YG TELAH LEPAS, TERIMA KASIH SEMUA, Sesiapa berminat utk membuat tempahan boleh hubungi 012 343896 hayati-

KELAS BASIC CUPCAKE GROPU JKR SEREMBAN

Terima kasih pada Kak jah, kak marhana dan sue, hadir ke bengkel Hanan Bakery'share ilmu untuk cupcake basic...lepas ni banyak tempahan nya' kelas ni berjalan lancar dengan gurau senda dan sakat menyakat....kesian kak jah duk kena sakat ngan si sue...




- Seronok mengajar mereke, kelakar gelak tawa, gurau senda, sakat menyakat'... :) -JUMPA LAGI NNTI
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers