Assalamualaikum buat semua pengunjung setia blog Hanan Bakery...
Alhamdulilah bersua kembali di laman blog ini' bersawang, berabuk tebal dah blog ni, hampir 3 minggu juga blog tak diupdate oleh tuan empunya blog, setelah 10 hari berkursus di PD Golden Strait Villas' balik kursus demam terlantar hampair 1 minggu. Kelas dan beberapa tempahan perlu di tunda dan dibatalkan diatas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.
Namun Allah masih memberikan kesempatan buat insan ini' masih ada peluang yang diberikan untuk meneruskan perjuangan ini, meneruskan kehidupan ini. Terima kasih buat Suami tercinta yang bertanggungjawab atas semua urusan dr waktu kursus sehingga la selesai dan sambung pula hari-hari demam yang tidak disangkakan, Buat anakanda2 tersayang' yang sanggup membantu dan menjaga ibu sewaktu demam...sehingga anakanda2 jua demam akibat jangkitan' dan kini ALHAMDULILAH SYUKUR SEMUANYA KEMBALI SIHAT SEPERTI SEDIA KALA.
Buat semua kenalan, kawan-kawan,pelanggan2, adik2 dan sesiapa sahaja yang mengikuti dan baru ingin hadirkan diri ke Hanan Bakery tetapi terpaksa dibatalkan harap MAAF, dan kepada semua pelajar-pelajar Hanan Bakery yg nak sambung kelas'Kemaafan jua dipohon...atas sebab-sebab yang tidak disangkakan berlaku.
Insyallah, Kelas dan tempahan dibuka semula mulai 19hb December' sebarang pertanyaan dan apa jua persoalan yang tidak terjawab boleh hubungi 012 343 8896 @ 06 7616173' Insyallah saya akan cuba menjawab segala apa jua persoalan.
( huhuuhuhhhh letihnya membebel' apa pun saya amat gumbira kerana melepasi kursus LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN selama 10 hari bersama beberapa usahawan-usahawan. Bukan senang nak jadi Usahawan yang berjaya' banyak ilmu yang perlu dipelajari, banyak nombor-nombor yang perlu di kira dengan betul, banyak tips-tips yang perlu diketahui' Terima kasih buat Pakwan'En Azar, En Asri, En Fareas dan En Azlan yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semasa kursus, tak lupa jua kawan-kawan sekuliah.
No comments:
Post a Comment