Sunday, October 31, 2010

Fondant Kek



Fondant untuk hiasan kek perkahwinan
Hiasan fondant ini cantik dipandang mata, tetapi tak sanggup nak dimakan dek tekak' manisnya yahurabbi' dengan bahan utamanya gula icing' dan beberapa bahan lain yang diperlukan. Pendapat saya sendiri' jika seseorg itu pengusaha kek pelbagai jenis' fondant jugak perlu dipelajari sebagai ilmu pengetahuan walaupun minat membuat fondant itu tiada' ini adalah kerana akan ada pelanggan yg bertanya mengenai fondant. Fondant boleh di buat sendiri tetapi ianya jugak boleh didapati dikedai-kedai bakery' 

Saturday, October 30, 2010

Setapak lagi mengatur langkah

Assalamualaikum
Hari ini saya melangkah setapak lagi dan ditemani seorang Cikgu yang baru saya kenali. Kalau sebelum ini berbual  hanya melalui FB sahaja' tetapi hari ini saya dapat berjumpa dengannya. Alhamdulilah'bersyukur kepadamu yang allah kerna pertemuan ini' banyak ilmu yang dikongsikan oleh cikgu. Terima kasih cikgu zalina kerana sudi berkongsi pengalaman bersama.
Soft Fondant
Fondant bercorak
Buttercream
Setelah mengetahui teknik-teknik yang tepat dan betul untuk menghasilkan steamedbuttercream yang cantik halus dan berkilat' saya rasa kerja menghias kek lebih mudah dan masa yang diambil tidak lama berbanding pengunaan buttercream biasa. Tetapi untuk menghasilkan buttercream yg halus berkilat memerlukan ketelitian dalam pelbagai cara yang betul disamping menggunakan tips-tips yg diberi oleh cikgu.

Friday, October 29, 2010

Kek Chocolate

Kek chocolate dan chocolate cair
Siap dipack untuk dijual
Kek chocolate ini menjadi kegemaran pelanggan saya diseremban'bagi sesiapa yang merasanya untuk kali pertama' pasti akan ditempah untuk kali kedua dan seterusnya. Menggunakan plastik pek swiss roll, saya menjualnya dengan harga RM6.00 sahaja dan kebiasaannya mengikut pemintaan pelanggan saiz apa yang akan ditempah seterusnya.
Jika berminat untuk tempahan' sila hubungi -
( hananbakery@gmail.com~~ 012 343 8896 )

Rose dari Chocolate

Pelbagai jenis corak boleh dihasilkan dari chocolate untuk dijadikan hiasan pada kek. Hanya memerlukan kreatifiti seseorang.

Kuih Warisan Zaman Berzaman

Bahulutikir asalnya dr Batu Kikir ,Jempol' ianya dikelolakan oleh ahli keluarga Hananbakery iaitu Pn Siti Patimah Bte Daraman' Ibu kepada 6 orang anak. Beliau berasal dari Kampung Bayai Lama' Serting Ulu' dan menetap di Pekan Batu Kikir iaitu di Perumahan Rumah Rakyat Peringkat 3 bernombor 66. Bengkel yang digunakan untuk menempatkan barang-barang keperluan membuat bahulu dibina dibahagian belakang rumahnya. Beliau mendapat bantuan peralatan mesin dari Jabatan Pertanian untuk memulakan perniagaannya. Peralatan seperti oven, mixer ( mesin mengadun ), meja kerja, troli dan beberapa peralatan lain adalah bantuan yang telah diberikan olah Jabatan Pertanian.
Singboard ini juga disediakan oleh Jabatan Pertanian

Bermula dengan menghasilkan bahulu biasa dan sekarang mempunyai pelbagai perisa dengan tambahan jem didalam adunan bahulu sebelum dibakar dan bertih coklat yang lebih menarik perhatian pelanggan. Sebelum beliau memulakan perniagaan ini' beliau berpengalaman dalam menghasilkan jajan seperti kerepek pisang manis, maruku dan tempeyek. Beliau tidak pernah mengikuti sebarang kursus dalam menghasilkan bahulu, malah dengan keyakinan yang beliau ada dan rajin mencuba resipi sendiri, akhirnya beliau berjaya menghasilkan bahulu yang sedap dan lembut. Ramai pelanggan beliau datangnya dr kalangan jiran tertangga, saudara mara, dan kenalan rapat. Beliau jugak banyak menerima tempahan di musim perayaan dan tempahan untuk Majlis pertunangan dan perkhawinan. Pada tarikh 13 Ogos 2008' beliau membuat pendaftaran SSM dengan pilihan nama perniagaan RESEPI IBU Enterprise bermulalah perniagaan beliau sehingga sekarang. Walaupun beliau masih belum dikenali ramai' namun hampir setiap hari tempahan bahulu diterima. Semoga perniagaan beliau akan lebih meningkat di masa akan datang. Insyallah
Bahulu perisa Cappucino dan  bahulu perisa biasa
Bahulu sedia dihantar kepada pelanggan

Jika berminat untuk tempahan' sila hubungi -
( hananbakery@gmail.com~~ 012 3438896 )

Thursday, October 28, 2010

Biskut Raya

Biskut Bangkit Cheese

Biskut Black Walnut

Biskut Sweetheart
Jika berminat untuk tempahan' sila hubungi -
( hananbakery@gmail.com ~~012 3438896 )

Lomang Dollah

 Sudah menjadi adat di negeri sembilan ini, sekiranya datang bulan puasa' kami sekeluarga sibuk dengan persiapan untuk membuat lemang, 'tanyo uwan den' kito nak mogang nak buek lomang tak cu'? Insan yang paling sibuk meyediakan kelengkapan seperti kayu api untuk membakar lemang, kelapa tua, buluh dan daun pisang untuk lemang adalah ibu dan hubby tersayang. Hubby lah org yang paling penting semasa proses permulaan hinggalah masaknya lemang-lemang 2 hari sebelum berpuasa. Bulan Ramadhan tahun ini'kami buat lemang dirumah kami di Kuarters TNB Seremban. Ibu datang dr kampung dan kami berkumpul adik beradik membantu dr awal menyediakan bahan-bahan. Memarut kelapa,perah dan menyulur daun pisang ke dalam buluh yang telah hubby ambil dr kampung dan dibasuh bersihkan seminggu sebelumnya. Setelah selesai semuanya,proses mencuci beras pulut,dicampurkan dgn santan kelapa dan garam sebagai perisa pd lemang dan menjadikannya lemang itu sedap dan lemak.
Saya pula sibuk menyediakan rendang untuk dimakan bersama lemang nanti' ini  sudah menjadi kebiasaan keluarga kami' saya adalah insan yang akan mengambil bahagian membuat rendang, biasanya saya akan menyediakan 2 jenis rendang untuk keluarga, rendang ayam dan rendang daging' sup gear box juga menjadi pilihan yang semestinya ada bersama.






Lemang ketika ini telah terjerang hampir 3jam dan kebiasaannya lemang akan masak dalam masa 4jam tetapi mengikut sebannyak mana buluh lemang dijerangkan.






Rendang daging kari dan rendang daging cili api
Sop Gear Box


Lemang Dolah yang telah masak sedia untuk dimakan





Lemang dan rendang daging tersedia







Inilah cerita lomang mogang' cerita ini akan disambung untuk lomang mantai' sempena Hari Raya Puasa menjelang

Bahulu Anak Ikan

Bahulu ini ditempah oleh seorang kawan sebelum balik ke kampungnya di pahang' untuk makan minum petang bersama keluarga dikampung nanti.


Bahulu anak ikan ini order dr kawan untuk Majlis Akikah anaknya sbg buahtangan jiran-jiran.
Bahulu Ibu Ikan dan anak ikan bersaiz besar sedikit, bahulu ini dibuat oleh ibu saya' yang mengusahakan perniagaan bahulu sahaja. Bengkel bahulu ibu berada di Batu Kikir Jempol. Ibu banyak menerima tempahan dimusim perayaan dan ada juga tempahan untuk hantaran pertunangan dan perkhawinan.
Bahulu Ibu Ikan
Diantara gambar-gambar acuan bahulu yang ada di bengkel ibu, jika ada tempahan, pelanggan akan datang sendiri ke bengkel dan memilih diantara acuan mana yang mereka suka untuk dijadikan bahulu hantaran dan sebarang majlis.



Resepi Ibu Enterprise
No.66 Rumah Rakyat Peringkat 3
72200,Batu Kikir 
Negeri Sembilan Daru Khusus


Tel - 017 2480671 @ 06 -498 1648 
Pn Siti Patimah

Jika berminat untuk tempahan' sila hubungi -
( hananbakery@gmail.com~~ 012 3438896 )
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers