Thursday, October 28, 2010

Lomang Dollah

 Sudah menjadi adat di negeri sembilan ini, sekiranya datang bulan puasa' kami sekeluarga sibuk dengan persiapan untuk membuat lemang, 'tanyo uwan den' kito nak mogang nak buek lomang tak cu'? Insan yang paling sibuk meyediakan kelengkapan seperti kayu api untuk membakar lemang, kelapa tua, buluh dan daun pisang untuk lemang adalah ibu dan hubby tersayang. Hubby lah org yang paling penting semasa proses permulaan hinggalah masaknya lemang-lemang 2 hari sebelum berpuasa. Bulan Ramadhan tahun ini'kami buat lemang dirumah kami di Kuarters TNB Seremban. Ibu datang dr kampung dan kami berkumpul adik beradik membantu dr awal menyediakan bahan-bahan. Memarut kelapa,perah dan menyulur daun pisang ke dalam buluh yang telah hubby ambil dr kampung dan dibasuh bersihkan seminggu sebelumnya. Setelah selesai semuanya,proses mencuci beras pulut,dicampurkan dgn santan kelapa dan garam sebagai perisa pd lemang dan menjadikannya lemang itu sedap dan lemak.
Saya pula sibuk menyediakan rendang untuk dimakan bersama lemang nanti' ini  sudah menjadi kebiasaan keluarga kami' saya adalah insan yang akan mengambil bahagian membuat rendang, biasanya saya akan menyediakan 2 jenis rendang untuk keluarga, rendang ayam dan rendang daging' sup gear box juga menjadi pilihan yang semestinya ada bersama.






Lemang ketika ini telah terjerang hampir 3jam dan kebiasaannya lemang akan masak dalam masa 4jam tetapi mengikut sebannyak mana buluh lemang dijerangkan.






Rendang daging kari dan rendang daging cili api
Sop Gear Box


Lemang Dolah yang telah masak sedia untuk dimakan





Lemang dan rendang daging tersedia







Inilah cerita lomang mogang' cerita ini akan disambung untuk lomang mantai' sempena Hari Raya Puasa menjelang

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers