Friday, October 29, 2010

Kuih Warisan Zaman Berzaman

Bahulutikir asalnya dr Batu Kikir ,Jempol' ianya dikelolakan oleh ahli keluarga Hananbakery iaitu Pn Siti Patimah Bte Daraman' Ibu kepada 6 orang anak. Beliau berasal dari Kampung Bayai Lama' Serting Ulu' dan menetap di Pekan Batu Kikir iaitu di Perumahan Rumah Rakyat Peringkat 3 bernombor 66. Bengkel yang digunakan untuk menempatkan barang-barang keperluan membuat bahulu dibina dibahagian belakang rumahnya. Beliau mendapat bantuan peralatan mesin dari Jabatan Pertanian untuk memulakan perniagaannya. Peralatan seperti oven, mixer ( mesin mengadun ), meja kerja, troli dan beberapa peralatan lain adalah bantuan yang telah diberikan olah Jabatan Pertanian.
Singboard ini juga disediakan oleh Jabatan Pertanian

Bermula dengan menghasilkan bahulu biasa dan sekarang mempunyai pelbagai perisa dengan tambahan jem didalam adunan bahulu sebelum dibakar dan bertih coklat yang lebih menarik perhatian pelanggan. Sebelum beliau memulakan perniagaan ini' beliau berpengalaman dalam menghasilkan jajan seperti kerepek pisang manis, maruku dan tempeyek. Beliau tidak pernah mengikuti sebarang kursus dalam menghasilkan bahulu, malah dengan keyakinan yang beliau ada dan rajin mencuba resipi sendiri, akhirnya beliau berjaya menghasilkan bahulu yang sedap dan lembut. Ramai pelanggan beliau datangnya dr kalangan jiran tertangga, saudara mara, dan kenalan rapat. Beliau jugak banyak menerima tempahan di musim perayaan dan tempahan untuk Majlis pertunangan dan perkhawinan. Pada tarikh 13 Ogos 2008' beliau membuat pendaftaran SSM dengan pilihan nama perniagaan RESEPI IBU Enterprise bermulalah perniagaan beliau sehingga sekarang. Walaupun beliau masih belum dikenali ramai' namun hampir setiap hari tempahan bahulu diterima. Semoga perniagaan beliau akan lebih meningkat di masa akan datang. Insyallah
Bahulu perisa Cappucino dan  bahulu perisa biasa
Bahulu sedia dihantar kepada pelanggan

Jika berminat untuk tempahan' sila hubungi -
( hananbakery@gmail.com~~ 012 3438896 )

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers