Monday, January 31, 2011

KELAS Bersama Puan Mirawati

Pada hari ahad 30hb Januari berlangsung KELAS BAKUL PASTRY & TART PELBAGAI JENIS BUAH bersama Puan Mirawati' Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dr 11pagi sehingga hampir jam 9malam' Semua berpuas hati kerna dapat memperlajari ilmu baru.

Buat Kak Noraini, Kak Norlie, Kak Ayu dan Kak Maslinda'Terima kasih kerna sudi memberi sokongan kepada HananBakery'semoga tak serik datang berkongsi ilmu lagi di HananBakery'Untuk kumpulan kedua Kelas Bakul Pastry & Tart akan diadakan pada 26hb Febuari 2011 (Sabtu).

Sesiapa yg berminat untuk menyertai kelas ini'boleh menghubungi Pn Hayati 012 3438896 HananBakery, Rasah, Seremban
''

Friday, January 28, 2011

FONDANT ORDER

Tempahan dari seorg nurse di seremban' terima kasih adik Ann' bukan main gumbira' dia dapat cupcake theme medical yg diingininya....


Sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan cupcake fondant'sila hubungi 012 3438896 Pn Hayati

ILMU FONDANT

Kembara ilmu hanya di area seremban,n9

Mungkin ada yg kenal Adik Najibiah'orgnya lembut'halussssssssssss :) Alhamdulilah' Hananbakery sempat ke kelas santai dengan dia pada 26hb Jan (Rabu) 11pg - 5ptg'

Upgrade sikit ilmu dan tips2 dalam Fondant'Terima kasih Adik Najibiah :)

TART KE PULAU PINANG

Assalamualaikum' citer lagi pasal tart yg di tempah oleh adik siti zalina dr penang' selamat di poskan 28/1'menggunakan perkhidmatan POS LAJU MALAYSIA'

Nie nak citer sikit pasal POS-POS nie.....sebelum ke pejabat pos' saya ke pejabat citylink seremban'masuk je pejabat tu ada sorang gadis comel' tanya saya' Akak nak pos kemana ye? PENANG...Apa dalamnya ye kak? 5 BOTOL TART GULUNG NENAS'..nie bukan akak nak wat sampel ke atau mmg semua tart? MEMANG SEMUA TART' saya pelik napa adik tanya ye....dia ambik nak timbang box tu'tapi dia sempat cakap lagi pada saya' Kak'dr seremban' barang2 akan dilonggokkan di shah alam' dan akan di bahagi2kan ke setiap negeri/kawasan' org nepal yg akan buat kerja2 tu...mmg dia org akan campak'tak kira walaupun dah berlabel' saya tak bleh jamin tart nie 100% cantik sampai ke penang nanti' .....sambil tercenggang' saya tanya lagi' kenapa dia org wat mcam tu ye? Barang2 banyak kak' mmg dia org akan buat macam tu' Macam mana dengan POS LAJU (POS MALAYSIA) Gadis tu kata' saya pernah dapat pos laju biskut' alhamdulilah OK dr pos laju malaysia'....

TERIMA KASIH GADIS COMEL' dia berikan semula box tu kepada saya dan saya terus ke Pejabat Pos Rahang,Seremban' sempat juga bertanya pada En abg ensem yg jaga kaunter tu' saya nak pos ke penang'biskut'dan service care n carry'....wah kuar org putih plak'...En abg ensem tu pun terangkan....ada pos laju dan pos express' kalau pos express mmg main baling-baling je....sbb banyak' kalau pos laju' kami mmg susun sebaik mungkin'masa diambil sama' sehari @ 2 hari sampai ke destinasinya' lalu box ditimbang dan jumlah semua RM33.08' dan di pos lah tart adik siti zalina.

Saturday, January 22, 2011

Order Tart Gulung Nenas

Assalamualaikum' terima kasih pada kak aisyah (TNB SEREMBAN) sudi order Kuih Tart Gulung Nenas'walaupun bukan musim raya kita' kita kan 1 Malaysia'


Jika sesiapa berminat untuk menempah kuih tart ini' Untuk 1botol (70biji) Hanya RM30 sahaja
Sila call 012 3438896 Pn Hayati

KELAS BERSAMA ADIK AJUEA NIE'S

DARI GEMAS

Assalamualaikum...alhamdulilah...adik ajue'jumpa rumah hananbakery' walaupun kali pertama sampai' pandai dia baca arahan yg diberikan'terima kasih buat adik ajue sudi berkongsi ilmu dengan hananbakery' Semoga selepas belajar ni'adik akan lebih yakin melepa' dan menerima tempahan yang banyak di Gemas'TAHNIAH


Kelas yg diikuti adalah KELAS KEK CHOCOLATE & ROSE ,KELAS KEK ENIBLE IMAGE & DRAW CARTOON

Sesiapa berminat untuk mengikuti kelas ini, sila sms @ call 012 3438896 Pn Hayati~

Wednesday, January 19, 2011

KELAS KEK & HIASAN

Kelas dihadiri oleh seorg kawan yg saya pernah temui beliau di kedai bakery di area seremban jaya'alhamdulilah walaupun kami mengejar masa untuk menjemput anak-anak sekolah' akhirnya kami berjaya siapkan kesemua 3bj kek dengan hiasan dr jam 9.45pg sehingga 1.30ptg.


TAHNIAH KAK YAM' BERJAYA MENGHIAS KEK'

KELAS ANIKA TART RIUH RENDAH

Kelas kali ini diikuti oleh Pn Shamsiah (kuala pilah) dan akak iparnya ( kaklang dr Kl )Mungkin kami ditakdirkan berjumpa' agak riuh jugak dibuatnya walaupun baru bertiga'Kelas yang dijangkakan habis awal tetapi lambat juga siapnya' mungkin kami banyak borak agaknya.....gelak tawa lagi la'ada je ayat yg menjadikan kami bertiga gelak'....buat kaklang' jangan serik ye datang ke rumah lagi yaaaa'shamsiah mokasih kenalkan den ngan akak ipar yaaaa'

Terima kasih shamsian dan kaklang'semoga selepas berjaya membuat tart nie'boleh tambah produk baru untuk pelanggan

2 KELAS SERENTAK

BERSAMA ADIK ROA KELAS KEK/HIASAN SERTA ANIKA TART

Assalamualaikum'lama dah tak masukkan entry baru dalam blog Hananbakery ni' Masa tak mengizinkan'pepaham je la kalau keje yg tak cukup tangan nak buat'yg penting enjoyyyy :)

Kelas nie berjalan lancar pada 14hb Jan Jumaat lepas sempena Cuti Umum yg di Pertuan Besar Negeri Sembilan'

TAHNIAH adik roa' berjaya melanksanakan kelas beliau' semoga selepas ini mendapat tempahan yang banyak dan berjaya dalam bidang bakery'

Thursday, January 13, 2011

KELAS Bersama Puan Mirawati

KELAS ANYAMAN BAKUL & TART

Kepada pengunjung blog Hananbakery' satu lagi kelas yg akan dianjurkan di hananbakery ialah Anyaman Bakul dan Tart buah-buahan'tujuan saya menganjurkan kelas ini di hananbakery kerana memberi peluang kepada rakan-rakan yg berminat untuk mempelajari anyaman bakul dan tart.Walapun kelas yg sedia ada dibuat di Kuala Lumpur'mungkin masa yg kurang sesuai kesana' jadi jika sesiapa yg berminat untuk menghadiri kelas ini' Sila Call @ SMS 012 3438896 Pn.Hayati

KELAS PERTAMA

Yuran :- RM150 ( Bakul & Tart )
Tempat :- Hanan Bakery, Rasah' Seremban
Tarikh :- 30hb Jan 2011 (AHAD)
Masa :- 10pg - 6pm
Jumlah Pelajar :- 4 Org shj


Sesiapa berminat untuk menghadiri Kelas ini, CALL @ SMS saya,bg mendapatkan kerja menganyam yg cantik dan teliti hanya 4 org sahaja akan di ambil untuk setiap kelas'Sekira pemintaan ramai' kelas ulangan akan dibuaat pada tarikh lain.

KELAS Ukiran Buah-Buahan

Bersama En Basha

Assalamualaikum' Kelas Ukiran Buah-buahan bersama En Basha dianjurkan oleh Hanan Bakery'Harga kelas dan Tarikh akan di beritahu kelak kerana En Basha sedang mencari Set Pisau untuk ukiran'
Sesiapa yg berminat untuk mengikuti Kelas ini' Sila call @ SMS 012 3438896 Pn. Hayati.

Hananbakery akan memaklumkan semula' Yuran untuk kelas dan Tarikh Kelas akan dijalankan'

Monday, January 10, 2011

KEMBARA ILMU KE DENGKIL


Ilmu itu pelita hidup' walaupun sejauh mana adanya ilmu' insyallah akan ku gagahi mencarinya'Ilmu wajib dimaafaatkan' dilaksanakan' dipraktikkan dan dikongsi bersama'Jika sudah ada ilmu maka panjang-panjangkan la ilmu itu' moga ilmu itu mendapat keberkatan'Disamping mencari ilmu duniawi'jgn sesekali lupa tanggungjawab kita mencari ilmu akhirat jua'

Kali ini Hanan Bakery sempat ke Dengkil bersua dengan seorang insan'Kak Ena'beliau membuat kelas dirumahnya 'KELAS POPCAKE'Alhamdulilah saya berjaya menghabiskan kelas itu bermula dr jam 10pg sehingga ke jam 5ptg'yang lebih mengembirakan saya' dapat bersua dengan kawan-kawan baru'seramai lima org' kami belajar sambil bergurau senda' tak la rasa boring sangat dalam kelas.Lebih mengembirakan saya mengenali seorg pelakon; mungkin anda juga kenal'koleksi gambar-gambar kekawan semasa belajar bersama di kelas POPCAKE Kak Ena'




Kawan-kawan bersama menuntut ilmu'Alhamdulilah semuanya mesraaaaaaaaaa' :)
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers