Thursday, April 4, 2013

KELAS MODUL KHAS UNTUK YG ZEROOooo tentang KEK

JOMMMMM JOIN....

Kepada sesiapa yg mmg ZEROOOOoo ttg baking' tak kira la tak pandai wat kek besar, kek kecil, span kek, kek yg biasa je....Jommmm saya ajarkan, share ilmu dan lepas tu boleh terus pandai dan tiap-tiap hari nak try buat kek, nak bg jiran-jiran, saudara mara  rasa, lepas tu dapat ORDER.......NAKKKK ?????JOMMMMM......DAFTAR CEPAT ....

1 RUMAH 1 KEK

Sebut pasal KEK, macam-macam jenis kek, rasa kek dan pelbagai bentuk, corak, warna dan ada pelbagai cara dan teknik membuatnya. SIAPA SUKA MAKAN KEK?? - Sekarang glemerrrr di wall FB, kekawan duk post' gambar kek coklat moist dlm pack kecil yg dijual dengan harga kurang dr RM10 /pack' tiap2 hari duk order beli ngan kekawan kan, sbb XPUAS makan.. APA KATA CUBA BUAT SENDIRI, MAKAN PUAS, MANE TAHU BOLEH BERNIAGA MACAM KAWAN TU PLAK!!!!! Nakkkkk ?????

Jommmm DAFTAR KELAS MODUL KHAS dengan TEMA 1 RUMAH 1 KEK ... Cer ajak kekawan yg sesama minat makan kek tu JOIN KELAS MODUL KHAS ni sekali'

APA BESTNYE KELAS MODUL KHAS INI ?

- Anda DAFTAR - 1 HARI BELAJAR A - Z tentang pembuatan BASIC KEK iaitu KEK SPONGE dan KEK BUTTER, HIASAN KEK, HIASAN SAMPINGAN & SHARE TIPS-TIPS BERNIAGA KEK UNTUK YANG BARU NAK MULA BERNIAGA (HOMEMADE PRODUK)

- Anda DAFTAR - RESIPI LENGKAP DISEDIAKAN, PENGENALAN TENTANG PERALATAN UTK MEMBUAT KEK, MENGHIAS KEK DAN CARA PACKING KEK UNTUK DIJUAL

-Anda DAFTAR - ANDA SENDIRI AKAN MEMBUAT KEK DAN SEMUA HIASAN ITU DR AWAL HINGGA AKHIR DAN APA YG ANDA BUAT ANDA SENDIRI AKAN BAWA KESEMUANYA PULANG, HASIL KERJA TANGAN KERAS ANDA

-Anda DAFTAR - SELEPAS MENGHADIRI KELAS INI, ANDA AKAN TAHU SENDIRI BAKAT TERPENDAM ANDA SELAMA INI...yang ANDA boleh membuat kek dan menghias kek dan yang paling penting anda juga boleh menjadikannya SIDE INCOME untuk diri anda dan keluarga...

SIAPA NAK JOIN??????? JOM DAFTAR SEGERA ------> CALL @ SMS 012 343 8896

KELAS PERTAMA MODUL KHAS PADA 
21 APRIL 2013 & 27 APRIL 2013 


KELAS MODUL KHAS 

YURAN : RM200

MASA : 10pg - Selesai

TEMPAT : Hanan Bakery, Rasah, Seremban

MINIMUM KELAS UNTUK 1 SESSI : 10 org 

( SILA DAFTAR SEGERA SUPAYA ANDA MENJADI ORG PERTAMA YG BERJAYA)



-Hayati-

HARGA KELAS ADA PERBEZAAN

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan, kenalan fb, student-student dan sesiapa sahaja yg baru @ dah lama menjadi pengujung blog ini.

Beberapa perubahan pada HARGA KELAS, BERKUMPULAN @ PERSEORANGAN.... Sesiapa yg berminat untuk menghadirikan diri ke Hananbakery dan mengikuti kelas-kelas yg tersenarai di sebelah kiri blog ini, boleh membuat pilihan kelas, tentukan tarikh anda dan SMS 012 343 8896, boleh hubungi juga sekiranya tidak ada jawapan dr saya, tinggalkan SMS anda


KERJA GILA ' NASIB EMAK ADA


Siapa kenal dia ni??

Best gileee dia bagi ceramah share ilmu yg dia ada dlm SEMINAR BERANI BERNIAGA 2013 DI MELAKA pada 24/3/2013 lepas...

Menjadi kerja gile pada saya, dalam keadaan berpantang boleh plak daftar seminar ni dan terus dapat pergi dengan emak dan kaklong serta kakngah saya....ALHAMDULILAH, Semuanya selamat

TERIMA KASIH kaklong jadi drebar i hr tu ye.... :)

Sesiapa yg ada nampak iklan ttg seminar @ apa2 kursus yg lelaki bernama DR.AZIZAN OSMAN ni...pergi la join...mmg tak rugi, best gilerrrrrrrrrrrrrrrr....

TERIMA KASIH DAO :)

LAHIRNYA SEORG PUTERA 26 FEBUARI 2013

Assalamualaikum kepada semua pengujung blog saya, maaf sangat2 sbb sepi tanpa mengupdate sebarang aktiviti dan berita terkini lagi sensasi....apa2 maklumat terkini sy biasa update di wall FB saya, nnti sesiapa yg belum add FB saya, sila la add, link FB ada di sebelah kanan blog ini ( FB - Hayati -Tulisan jawi )

Citer pasal kelas sikit ye.....
Beberapa kelas masakan awal febuari sempat di jalankan lagi sebelum sy bersalin, nak update blog tak sempat, jadi hari ni sy ambk jugak kesempatan mengupdate sambil bersantai di dalam wad ni.

Ada beberapa kelas telah berjalan lancar pada awal feb lepas, tp terpaksa di hentikan pada pertengahan feb sbb dah mula rasa sakit bersalin. 

Ramai yg cll sms nk tanya kelas dan membuat tempahan, namun sy terpaksa menolak kerana sy tidak larat lagi memenuhi pemintaan pelanggan dengan keadaan yg sarat mengandung.

Citer nak bersalin plak.... ( hehhehe )
Pada 23/2 sy buat follow up baby, doktor pakar scan mcm biasa je, tetiba ada sesuatu yg agak memeranjatkan, air ketuban dah kurang, baby makin membesar,masa tu 3.4kg, doktor mintak sy datang semula pada 25/2.

24/2 - Jam 7pg-8.30mlm
Baby kurang pergerakkannya, saya dah mula risau, lepas hubby habis keje, sy mintak dia temankan saya ke hospital, sampai hospital jam 8:50mlm dilabour room, mula dengan cek pakai CTG, ( wayar kt perut tu ), mmg ada sakit sbb boleh tahu dr mesin tu, sy terus admit jam 12.30am, bilik 91, Hospital colombia asia, seremban

Malam tu di temani hubby tdo di wad...

25/2 - 8.45pg
Dari wad ke klinik doktor pakar saya utk scan lagi, keputusan nya sy kena operate jgk kerana air ketuban dah mmg kurang sangat, date yg dipilih 26/2,mulanya doktor nak buat pagi jam 8pg, sy setuju je, tapi beberapa jam kemudian, doktor datang kebilik bg tahu darah sy tak cukup utk operate, hanya hb saya 9.5, sebaiknya HB 10, utk jalankan pembedahan, doktor tangguh minta tengahari 26/2 baru on operation. Saya setuju je, sbb kena tunggu stok darah dlu ..nanti berlaku apa2 masalah senang nak backup.

26/2 -5.45pg - Sarapan seawal sahur, macam nak puasa bulan ramadhan plak....tp mmg kena puasa sbb nak operation sekurang-kurangnya 8jam sebelum operation. mmg lapar sgt la sbb minum setitik air pun tak boleh, sy layan mata dan lelap sampai jam 11pg, 12tgh layan tv plak sampai kul 1.30tgh, pastu bangun dan terus g mandi sepuas-puasnya sbb nak g operation dah kul 2ptg tu.

26/2 - JAM 2PM
En hubby ada di wad temankan saya, jam 2ptg sy bersiap utk ke operation room, dr wad 91 sy baring atas katil dan ditolak oleh 2 nurse ke lif utk turun ke operation room, sampai bilik operation semua nampak ok lagi, perasaan risau, takut, berdebar semua ada, sy sempat membaca apa yg patut sebelum bermulanye operation, sy nampak doktor intan, doktor bius dan beberapa nurse dlm bilik tu, bermulalah proses sy di beri oksigen,, doktor bius cucuk ubat tdo, dan sy tiba2 mmg hilang seketika, di panggil kedengaran suara yg jauh sangat2' mereka tarik dan alihkan saya ke katil dan sedarkan saya sehingga sy tanya baby saya pada nurse

26/2 -JAM 4PM
Saya ditolak ke wad 91 semula, mak, anak2 dan suami dah menunggu, rupanya mak dah tengok baby saya, katanya putih gebu, sy pun tak sabar nak tengok dia, sy mula sedar jam 5ptg, sy mintak nurse bawakan bby ke bilik sbb nak tengok bby saya, dapat saya lihat anak lelaki saya ABDULLAH NIYAZ NU'MAN,

Ya allah syukur pada mu atas kurnian ini, sempurna sifatnya, putih gebu kulitnya, wajahnya seakan-akan hubby, tp matanya lelap je, tdo je bila saya nak susukan dia pun sy tak pasti sbb sakit di perut masih terasa sakit sangat'

27/2 - Pagi ni saya dah mula bleh bangun dan berjalan ke nursery melihat bby saya' dan boleh menyusukan sendiri di nusery.







Alhamdullilah syukur pd mu yg allah atas kurniaan mu, kini sy dah ada seorg putera diantara 3 puteri ini....TERIMA KASIH ALLAH....

Hari ini 4 April 2013, hari berpantang sy hampir selesai, tak sabar rasanya nak membaking semula, Terima kasih kepada semua kawan-kawan, student dan peminat Hananbakery atas sokongan anda semua. LOVEUALL





Saturday, January 12, 2013

DAPATKAN DURIAN,MANGGO & STRAWBERRY CREPE DI SEREMBAN

Alhamdulilah, sebelum ni semua sibuk duk post di blog dan fb hasil produk masing2, terutamanya crepe kan??  la ni kurang sikit sbb semua dah muak dah merasa pelbagai jenis crepe dan resipi, ada yg guna tepung gandum, santan, ada yg guna 5 jenis tepung, ada yg guna 7 jenis tepung, ada yg  cream putih  ada yg cream kuning macam- macam hadooooo'

Apa pun pilihan tekak yg utama, pelanggan berhak membuat pilihan dimana, yg mana, pada siapa akan membeli produk ini'... yg tak tahan, bila ada yg dah beli banyak tempat ada plak komen yg tak sedap didengar, contoh mcm ni '' saya dah pernah beli kat sipolan ni kak, dah la jual mahal, kulit tebal, bila rasa akak punye banyak bezanya' lagi s0dapppppppp''....alamak dik' baik punye kipas' jgn la macam tu ye pelanggan semua' pastikan anda memahami perasaan peniaga yg lain' kerna mereka juga manusia'' pelanggan ni mcm2 perangai' dan lama saya berniaga' macam2 org sy jumpa' kadang kala tahap kesabaran teruji jugk, sy kena share dengan peniaga lain supaya mereka tak terkena' siapa yg berniaga pasti akan melalui pengalaman ini.

Sorang pelanggan pernah bersms dengan saya '' SMS nya berbunyi begini'' ingat tie' customer always right '' sy gelak sambil jawab sms nya''......mmg customer always right tp peniaga juga ada perasaan, juga manusia, jgn nk salahkan perniaga jika berlaku salah faham dlm urusniaga'...contoh'' dh di beritahu awal2'' semua tempahan boleh ambk selepas jam 5ptg'...mulanye customer semua kata ok'..tup2 dia boleh sms cakap nak ambk kul 1tgh alasan kawan nak balik jauh''' so apa cerrrrrrrrrrr ??? sape yg nak di salahkan??? peniaga @ customer???

Bukan tempahan dia sorang yg peniaga nak buat'..dah la last mint order nak awal plak, bleh plak ajar kita suh dulukan tempahan dia dr tempahan pelanggan yg awal'......maaf la ye mmg tak adil dlm bab ini'..sy kurang suka guna ayat customer always right'...boleh guna' tp dimasa2 tertentu sahaja, hanya org yg memahami maksudnya sahaja berhak menggunakannya' mcm2 kes pelanggan yg sy temui' baru2 ni yg dah order senang2 cancelkan order'........ call 10x tak berjawab'

DLM BIDANG PERNIAGAAN INI, KENA BERTOLAK ANSUR, JIKA NAK IKUT CARA ORG BUKAN ISLAM BERNIAGA ITU LAIN'...TIADA HALAL HARAMNYA...TP KITA BALIK PADA SIAPA DIRI KITA SEBENAR' APA AGAMA KITA? JADI USAHA YG TERBAIK UTK SEMUA UMAH ISLAM, SAMA2 MEMBANTU MENAIKKAN PRODUK MUSLIM HALAL 100%....INSYALLAH AKAN DIBERKATI ALLAH

Mulanya nak citer pasal CREPE ...dah melalut duk citer pasal customer sbb kegeraman melanda belum hilang lagi'...so sambung bab crepe ye...maaf pd semua pelanggan dan pembaca setia blog saya.... tidak semua bersikap begitu'

CREPE DURIAN, MANGGO & STRAWBERRY


Manggo crepe 4pcs RM10

Strawberry crepe 4pcs RM10
BERMINAT????? SMS NAMA & BERAPA PEK NAK? PERISA APA NAK ---> 012 343 8896


Wednesday, January 9, 2013

KELAS UNTUK JANUARI 2013

Assalamualaikum semua pengunjung setia blog ini.... ada yg berkunjung utk tgok jadual kelas hananbakery dan pelik kenapa tak ada jadual kelas!!!!!! MAAF atas kesulitan ini.

 Sesiapa yg berminat utk join kelas di hanan bakery boleh memilih kelas apa yg anda minat dan SMS 012 343 8896 ( Pilih tarikh yg anda inginkan ) inform tarik pada saya semasa sms Insyallah saya akan cek tarikh itu jika kosong dan sesuai saya akan ON kelas yg dipilih.. Tiada jadual kerana sekarang saya pregnant dan saya tak berani menetapkan jadual tertentu untuk kelas saya. Sesiapa yg membuat pemintaan kelas sahaja saya akan on dan war2kan di wall FB bg sesiapa yg sudi join bersama.

 Beberapa tarikh kelas utk Januari 2013 yg telah di request, Sesiapa yg berminat nk join SMS seawal 3 hari 012 343 8896

8 Jan - KELAS DESSERT ( RM160 ) - Maz , Kak Ani , Kak Yatie , Kak Ana , Aimi Hayati


PRODUK KELAS DESSERT

 13 Jan - KELAS ANIKA TART ( RM180 ) - Ieda, Ct Noroaishah

SESSI KELAS ANIKA TART

 20 Jan - KELAS ROTI (RM200) - Misha, Shikin

Sweet Bun tanpa pengawet baik utk kesihatan keluarga

 24 Jan - KELAS KEK GULUNG - Kak Millie 

Swiss Roll
27 Jan - KELAS KEK HIASAN (RM180 ) - Azhana, Fazilawati, Ameeza 

Basket Flower, Ganache dan Black Forest

( NEW CLASS 2013 )

  • 28 Jan - KELAS FROZEN FOOD ( SEJUKBEKU ) RM220
   Belajar buat produk ( Sambosa, Karipap pusing, Karipap biasa, Sardin Roll, Bread roll,Apam gula hangus, Cucur badak, Kuih boom )

  • 2 Feb - KELAS DONUT / PAU  RM150 

Belajar membuat donut dan pau utk makan segera atau di sejukbekukan


  • 3 Feb - KELAS PIZZA / PIE RM150 
Jomm buat pizza utk family, jual atau boleh juga disejukbekukan

Jommmm join kelas sebelum Hanan bakery rehat selama saya berpantang March dn April ni.... HUJUNG MEI 2013 BARU ON KELAS SEMULA

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

Assalamualikum semua kenalan dan kawan2 yg menjadi pembaca dan penyokong blog bahulu tikir ni.....SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA' 2012 meninggalkan kita dgn pelbagai kenangan dan memori indah suka duka baik dn buruk...2013 menjanjikan keajaipan dan kejayaan yg bakal di julang.... Untuk kita sama menjadikan apa yg kita rancangkan kenyataan dan realiti sebenar....usaha yg gigih dan azam yg kuat di teruskan dengan tawakal terhadap yg maha kuasa' insyallah semuanya akan menjadi mikik kita' TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STUDENT2, KENALAN,KAWAN2 DAN SESIAPA SAHAJA YG SUDI SINGGAH D BLOG INI SAYA MENGUCAPKSN SELAMAT TAHUN BARU 2013 UTK SEMUA

Sunday, December 23, 2012

DAPATKAN DURIAN CREPE, STRAWBERRY CREPE & MANGGO CREPE DI HANANBAKERY RASAH SEREMBAN

Mencari dessert yg sibuk d ceritakan sekrg ni....nak merasa kelemakkan creamnya dn isi buah yg fresh ....durian +strawberry dn mangga...nak try !!!!!! SMS NAMA & BERAPA PEK UTK ORDER? PERISA APA? ------> KE 012 343 8896 TEMPAHAN SEAWAL 2 HARI TIADA PENGHANTARAN DI BUAT KECUALI TEMPAHAN MELEBIHI 30 PEK
RM10 -5PCS ( DURIAN & STRAWBERRY CREPE ) RM10 - 4PCS ( MANGGO CREPE )

TERIMA KASIH SEMUA PEMINAT DURIAN CREPE

Alhamdulilah syukur atas rezeki yg diberikan oleh allah ....peminat durian crepe yg semakin glemer sekarang ...semua org memperkatakan ttg crepe..kali ni crepe dr hananbakery ada yg sampai ke klang ke sungai besi dan ada yg bawa blik ke kg merata2..... layan beberapa gambar2 ....
Penghantaran ke nilai utk adik Nor Baidura dr TNB Klang
pa Packing untuk Hudha utk di bawa balik ke Sungai Besi
Sesiapa berminat untuk membuat tempahan yg banyak utk dijual semula d tempat anda .....sila order seawal 1 minggu...

Monday, December 17, 2012

KELAS HANAN BAKERY DI RASAH, SEREMBAN

Assalamualaikum Bersyukur pada mu ya allah atas kekuatan dan semangat yg telah engkau berikan pada ku' dalam sarat2 mengandung 7bulan ni, semangat buat kelas dan order semakin membara2....seronok lepas pindah bakery baru di rasah ni, setiap mgg sibuk dengan aktiviti, jika tiada kelas, ada order, dan jika banyak order tak buat kelas..baby dlam kandungan semakin aktif dan perut semakin memboyot kehadapan...Insyallah March 2013 ..lahir la seorg putera Abdullah sani.... yg tak sabar-sabar menghitung hari adalah kakak-kakaknye.... husna, huda dan hanan' tiap2 hari melayan tendangan di perut ibu'..kekadang ada je soalan yg kelakar di tanyekan'...Ibu' baby bangun ke tdo?....hari ni dia dah tendang ke belum.... Jarak umur baby dengan hanan ...7tahun'....mungkin bila dah lama tak ada adik yg kecil...masing2 rasa seronok dan semuanya baik hati membantu ibu di dapur' alhamdulilah' Lambat saya update blog bulan dec ni, sbb sibuk dengan kelas dan order' tp hari ni ada kelapangan di bakery' sy nk upload beberapa gambar kelas dan tempahan
beberapa gambar tak dapat di upload....sbb blurrrr..nnti sy cuba lagi
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers