Monday, January 10, 2011

KELAS ANIKA TART, CREAM PUFF & E-CLAIR

Kelas Bersama Kak Norasila

Alhamdulilah, pagi kelas ngan kak rozana, petang ngan kak ayu plak'beria nak belajar Tart'Cream Puff dan E-clair'akhirnya berjaya juga'sempat lagi makan kulit tart sambil2 isi filling'

TAHNIAH Kak ayu'tak rugi berlajar'anak-anak, hubby akak suka'yang penting kita hasilkan sendiri makanan untuk keluarga' Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan Hanan Bakery.

KELAS BASIC KEK (9/01/11 Ahad)

Bersama Kak Rozana

Assalamalaikum semua pengujung' ahad 9/1 yg lepas Hananbakery dihadir oleh seorg pelajar dr senawang'kebetulan beliau balik ujung minggu' beliau singgah belajar BASIC KEK di Hanan bakery.

Alhamdulilah' kelas kami bermula jam 9;45pg dan berakhir kira-kira jam 2ptg' yang lebih meyeronokkan'suami kak rozana adalah sedara dengan hubby' hahahhaah nak gelak la' citer punya citer' upernya kampung samo...sedaro lak tu' ialahkan...kalau dah jodoh bertemu tu...ada je sbbnya' suami kak rozana sempat jugak berbual dengan hubby'

Terima kasih kak rozana sudi berkongsi ilmu dengan Hananbakery':)

Kalau balik Kolo Pilah tu...(Gunung Pasir)kim salam Org kampung yO...!! :)

Thursday, January 6, 2011

JANUARI 2011

KELAS Hanan Bakery D' Rasah SEREMBAN

       Assalamualaikum semua pengunjung blog bahulutikir ---Hanan Bakery' terima kasih diatas sokongan semua' tanpa kalian apa la ertinya blog ini...perghhhhhh ayat power' kali nie' saya penulis blog ini ingin memberitahu semua kekawan dan pelajar-pelajar yg pernah berkongsi ilmu dengan Hanan Bakery' YURAN KELAS telah pun ditetapkan sekarang selepas PROMOSI berakhir December 2010. Sebelum ini promosi RM100 untuk semua kelas' tetapi sekarang bertukar kepada harga tetap RM120 untuk semua kelas bermula 1 Jan 2011.

Kelas sepenuhnya HANDS-ON ( tanpa DEMO ), saya akan memberikan tips-tips yg saya sendiri buat panduan untuk menghasilkan kek-kek @ apa sahaja. Saya berkongsi dengan apa yg saya buat' saya bukan hanya mengajar' malah saya juga menerima tempahan seperti kawan-kawan yg lain' dari bawah saya bermula' mengambil kelas merata tempat dan pelbagai jenis resipi saya jumpa. Di Hanan bakery' pelajar tidak perlu membawa apa-apa dr rumah semasa datang belajar'TETAPI AKAN PULANG DENGAN HASIL KERJA TANGAN SENDIRI' APA JUA YANG DIBUAT DIKELAS AKAN DI BAWA PULANG. 

Org kata bukan senang nak jadi senang' tapi senang nak jd susah' ye ke ni....macam tunggang langang ayat nie kan...yg penting maksudnya' Jika MINAT, KEYAKINAN, KEBERANIAN UNTUK MENCUBA SESUATU YG BARU kuat dalam hati seseorang' insyallah ada jalannya. Allah akan permudahkan segalanya'

Jika sesiapa yg berminat untuk menceburi bidang ini' jika bukan untuk berniaga malah hanya untuk makan sendiri dan keluarga' jemputla berkongsi ilmu dengan Hanan Bakery' dengan YURAN yg berpatutan' saya berharap semuanya akan berpuas hati. Jika hendak berniaga jugak digalakkan kerna Hanan Bakery juga akan berkongsi idea untuk menjadikan anda seorang perniaga kek kecil-kecilan hanya bermula dr rumah dan insyallah akan berkembang sehingga mempunyai kedai'

HUBUNGI~ 012 343 8896 Pn. Hayati ~


FACEBOOK ~yatiesani_3@ymail.com

Tuesday, January 4, 2011

Jamu selerO D' PizZa

Maklong belanja la' kebetulan 2hb Jan kami nak ke Melaka' tapi bila pikir jem nanti' kami pun jejalan di seremban dan singgah di Seremban Parade' masuk PizZa jap' melayan kerenah anak2' 
arghhhhhhhh....alhamdulilah kenyang' seronok gak sesekali tukor selerO' :)

3hb Januari 2011

Sesi persekolahan 2011 bermula pada 3hb Jan' Kaklong husna masuk darjah 2 tahun ni' Kakngah huda baru menjejak kaki di darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Dato' Bandar Rasah, Seremban dan Adik' tadika 5 tahun di Smart Reader Thivy Jaya, Rasah, Seremban. Mlm 3/01/11' sy suruh mereka masuk tido jam 9 malam' tetapi mereka bangun semula jam 11.30 malam' huda yang mula-mula bangun' tanya pada saya' Ibu dah pagi ke? belum ngah'saya jawab' dan dia tanya soalan kedua' lagi berapa jam pagi bu' ? lambat lagi ngah' mungkin tak sabar nak mengenakan pakaian seragam sekolah' almaklumla baru nak menjejakkan kaki ke  sekolah' husna dan adik hanan pun turut bangun. Saya minta mereka masuk tido semula lebih kurang jam 12 pg. Semangat untuk ke sekolah dapat saya rasakan bila husna dan huda bangun tido pagi tu dengan ceria lebih kurang jam 6.15pg saya kejutkan mereka untuk bangun mandi, solat subuh dan bersiap untuk ke sekolah sempena hari pertama sesi ini.
Husna dan huda sempat minum Vico suam sebelum kesekolah. Untuk huda' hari ini adalah hari pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan' manakala husna' adalah tahun ke 2 selepas dia di tukarkan dr Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Bkt Chedang semasa menduduki darjah 1 tahun 2010 yang lepas. Hubby minta husna ditukar kan atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulilah proses pertukaran mudah dilaksanakan.
Nur Amiratul Husna & Nur Amiratul Huda
Kakngah huda relax je dia...Kaklong yg suka wat muka pepagi' gambar ni hari pertama ke sekolah' masa nie di kantin menunggu masa untuk perhimpunan rasmi pagi Isnin 3/01/11, Ibubapa pun sama berhimpunan'ramai sbb menemani anak2 mereka yg baru masuk darjah 1, sampaikan waktu rehat masih menunggu' sambung sehingga waktu balik' pelik kalau tengok ibubapa yg macam ni' bukan apa' terlalu memanjakan anak' kalau dah ke sekolah namanya biarkan mereka berdikari sendiri' ada cikgu yg akan mengajar mereka dan memerhatikan mereka' tak perlula nak ditunggu berhari-hari sampaikan anak-anak itu tak pandai nak berdikari sendiri seperti di kantin membeli makanan dan menjalinkan perhubungan dengan kawan-kawan sekelas.
Alhamdulilah ketiga-tiga anak2 saya tidak menangis dan berguling-guling nak ikut balik bila dihantar ke sekolah' malah mereka lebih suka duduk disekolah lama' ini mungkin kerana saya lebih mendedahkan kepada mereka bahawa ilmu itu adalah yg terbaik untuk meneruskan kehidupan' ilmu dunia dan ilmu akhirat' husna dari 4 tahun telah saya masukkan ke Smart Reader begitu huda dan diikuti hanan' tujuannya saya ingin mereka berkawan dan merasa alam persekolahan lebih awal dari yg sepatutnya. Zaman sekarang berbeza dari dulu' anak-anak jika dibiarkan dr kecil bermain'susah untuk didedahkan dengan alam persekolahan apabila umur mereka 5 dan 6 tahun kelak' masih ada ibubapa yg tidak menghantar anak ke sekolah tadika' tapi berbeza dengan saya' pada saya tiada istilah bosan, boring pada mereka' kerana dunia kanak2 berbeza' lebih kita dedahkan kepada mereka ttg pelajaran'lebih mereka senang untuk memahami dan bijak' hanan baru berusia 4 tahun pada 2010' malah dia dah mula kenal huruf dr A ke Z' dari nombor 1 ke puluhan nombor...ini  jugak mungkin hanan lebih terdedah awal disbbkan husna dan huda yg suka mengajarnya.....syukur pada mu ya allah....atas kurniaan ini' dengan mengenal huruf lebih awal' hanan boleh menulis namanya sendiri di usia 4tahun.
Nur Amiratul Hanan

I LOVE U ALL SO MUCH...muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh's

Kelas bersama Roa

Assalamualaikum semua' dah lama rasanya tak masukkan entry baru'disebabkan sessi persekolan 2011 akan bermula' saya agak sibuk menyediakan persiapan terakhir untuk anak-anak' macam nak raya plak rasanya hahahhahah' kali ni nak cerita tentang kelas bersama adik roa pada 31hb dec dan 1hb Jan yg lepas' mulanya nak buat sehari tapi untuk memastikan pelajar saya berpuas hati dengan apa yg mereka belajar' saya meminta adik roa untuk mengasingkan kelas KEK CHOCOLATE & ROSE sehari dan sehari lagi KEK & CUPCAKE FONDANT/SOFT FONDANT. Alhamdulilah beliau dapat memahami setiap apa yg beliau pelajari' menurut ceritanya sebelum ni kalau ada tempahan dia hanya membuat kek sahaja dan untuk menghias kek' dia akan meminta bantuan adiknya' disebabkan dia tidak berapa yakin untuk membuat hiasan seperti bunga rose' tetapi selama 2 hari dia berusaha membuat bunga rose sendiri' akhirnya dia berjaya' dia berjaya menghasil hiasan kek dan bunga rose malah membuat kek hiasan fondant sendiri untuk dihadiahkan kepada kawannya' TAHNIAH ROA'. Diantara gambar-gambar adik roa di kelas Hananbakery.
Adik roa di kelas KEK CHOCOLATE & ROSE' mungkin beliau mengambil masa yg agak lama menghasilkan bentuk bunga rose yg memuaskan hatinya' kami mula mendeco kira2 jam 5petang dan siap menghias jam 6.45petang' didalam kelas saya berbeza kerana saya nak pelajar membuat setiap apa yg mereka belajar sepuas hati mereka' sbb mereka yg akan menghasilkan produk mereka sendiri nanti. 
Adik roa dengan rose merah hatinya dalam kelas CUPCAKE SOFT FONDANT' alhamdulilah' roa dapat buat rose yg cantik dengan bantuan waffer dan tanpa waffer.
Diakhiri dengan kelas KEK FONDANT' Roa berpuas hati dengan semua kelas yg diambil' dan TERIMA KASIH kerana memberikan kepercayaan kepada Hananbakery untuk roa mempelajari 2 kelas ini.

Kepada sesiap yang berminat untuk mengikuti kelas Hananbakery'sila hubungi 012 3438896 Pn. Hayati @ hananbakery@gmail.com.

Friday, December 31, 2010

Kelas Shamsiah & Suhanariza

29hb December 2010' kawan lama shamsiah dan suhanariza datang belajar' sham nak belajar kelas kek dan hiasan, manakala suhana kelas basic kek. Biasa kelas habis awal' tapi kali ini kelas habis jam 6:30petang' bermacam-macam cerita kami bualkan' disebabkan dah lama tak jumpa.
 Shamsiah dan Suhanariza ( Kawan satu kampung dan kami sebaya )

Diantara gambar-gambar ketika kelas berjalan'
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers