Thursday, August 13, 2015

SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum wbt

Menyepi sekian lama tanpa melakarkan sebarang kata-kata di blog ini, melayan tanggujawab dan perasaan hati, menyibukkan diri dengan kerja-kerja harian dan komitmen yg diamanahkan.

Tanggal 5/3/2015 yg lalu perginya insan yg sangat disayangi dlm hidup ini, satu2nya adik lelaki saya Al Hafiz Muhd Nor Firdaus Bin Ghazalli, perginya dalam keadaan yg tidak disangka, seperti baru semalam kedengaran suaranya berbual dan mendengar gelak tawanya di talifon.

4/3/2015 - Ulang tahun kelahiran arwah yg ke 26thn, dah arwah pergi buat selamanya pada 5/3/2015 kira-kira jam 2.30ptg terlibat dlm satu kemalangan di hadapan Pertronas Bahau, Saat menerima panggilan dari emak jam 4.30ptg pd hari kejadian, hati ini sayu dan hanya tangisan yg menemani sepanjang perjalanan dr Senawang ke Hospital Jempol. Dari mana hadirnya kekuatan memandu kereta sendirian, hanya allah yg ada saat itu, hanya allah yg mengetahui perasaan  hati ini, baru semalam alang bebual dengan adik..

Alang sentiasa merindui adik..... AL FATIHAH

Dia lah seorg ank lelaki dalam keluarga, Harapan kami untuk menjaga keluarga, namun Allah lebih menyayanginya, Allah menjemputya lebih awal dr kami semua, sekarang hanya tinggal 5 org anak emak, kesemuanya perempuan, tiada lagi anak lelaki yg mak bleh harapkan. Nasib la ada cucu lelaki mak yg tinggal sama sejak arwah ada, Abdullah Niyaz Nu'man Bin Abdullah Sani, Mak jagalah dan didiklah anak cucu itu seperti arwah adik, Menjadi seorg Tahfiz yg banyak ilmu pengetahuan ttg al quran, dan disayangi ramai sesiapa yg mendampinginya dan mengenalinya.
Anje Ma'' Penganti Acu buat uwan

Ya allah berikan diri ini kekuatan untuk melaksanakn tanggungjawab yg kau amanahkah, ini takdir mu yg allah, aku redha atas segala ketentuanmu,

Semangat ini hilang seketika kerana, hanya allah yg maha mengetahu, dan kepada allah ku memohon kekuatan menempuhi segala rintang di alam ini. Dugaan yg telah diberikan satu persatu membuatkan diri ini lebih kuat, Syukur yg allah atas segala pemberianmu.

AL FATIHAH BUAT ARWAH MUHD NOR FIRDAUS GHAZALLI

No comments:

Post a Comment

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers