Wednesday, May 25, 2011

KELAS DI BENGKEL BARU

Alhamdulilah, Kelas yg pertama kalinya di bengkel baru selepas 2mgg berpindah' Seramai 6 org utk Kelas Anika Tart pada 21/5/11 sabtu' Meriah sangat kelas ni sbb kawan2 yg hadir semuanya tidak pernah kenal antara satu dengan yg lain' kami bertukar-tukar cerita dan pelbagai tajuk' TERIMA KASIH buat Kak Pah dr Nilai, Kak Linda dr Mantin,Kak shikin, Kak ziha, Kak nana, Iena dari Seremban' Kehadiran toke SPA, mak andam, toke chalet pulau tioman, dan toke kek ni sangat memeriahkan kelas, dengan adanya cerita ttg Sambal sardin dan Tart Ayam jua menjadikan kelas berlansung sehingga jam 4.30ptg'

Semoga masing-masing akan berjaya membuat tart yg telah kita pelajari bersama' ( gambar kelas belum sempat di upload, saya akan upload kemudian)


Kelas 22/5/11 ahad bersama kak ayu dan kak linda'
Kali ni kelas di hadiri kak ayu dr Lukut, dan kak linda dr Mantin, kelas ni kelas baru pertama kali Hanan Bakery buat' Kelas Anika Choux Pasrty, kita ada Basket puff, Golden Swan, Paris Pree, Tuna Roll Mayonis dan Tart Telur'Alhamdulilah kelas selesai awal jam 2ptg' Terima kasih buat kak ayu dan kak linda.


Basic kek, Kek & Hiasan 23/5/11 bersama Nina Liyana dr Kota Warisan Selangor
Kelas kali ni di hadiri oleh kawan fb saya, Nina Liyana' niat nak join kelas dah lama' di sebabkan tiada masa' akhirnya nina berjaya jugak hadir dengan suami dan babynya berusia 6 bulan' best la sambil baking sambil gurau-gurau dengan baby nina' walaupun kelas agak lambat selesai' En hubby nina setia menunggu' TERIMA KASIH buat En hubby nina' banyak membantu nina dalam bidang nie' Semoga kejayaan milik anda sekeluarga'

Gambar-gambar kelas saya akan uploadkan nanti,kepada sesiapa yg berminat untuk mengikuti kelas di Hanan Bakery boleh hubungi saya Hayati 012 3438896~

Thursday, May 19, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Bestnya, pada anak2 yg akan bercuti tak lama lagi' masa nie jugak la sibuk plan nak g mana jejalan kan, nak balik kampung ke, nak g melancong ke, nak lepak2 manje dirumah je ke....silap2 mak, ayah,ibu,abah, daddy, mamy, umi , walid pun kena cuti sama...........

Apa salahnya kalau untuk anak2 tersayang' bukan senang nak dapat waktu bersama anak2' bila mereka sekolah..kita keje..sibuk' bila mereka cuti nie la..kita bleh join cuti sekali....untuk bos-bos yg muda2 lum ada anak tu kena la faham ye...kalau-kalau leave form berderet dr pekerja yg apply cuti di musim cuti sekolah nie.....

Apa pun yg anda lakukan' lakukan yg terbaik untuk simanja anda' kerna dia adalah insan yg paling istimewa dalam hidup anda'

Sempena cuti sekolah ni' Hanan Bakery bercadang mengadakan Program Moh Main Masak-masak untuk disertai oleh anak-anak yg berminat dalam mencuba sesuatu yg baru'Mungkin mereka jua perlu tahu bagaimana penyediaan makanan dan cara menghias dan mencantikkan sesuatu hidangan. Saya suka mengadakan program seperti ini kerana' saya nak berkongsi saat-saat gumbira menyediakan hidangan bersama anak2 kecil dan memberikan mereka peluang untk mencuba sesuatu yg baru' dimana mereka mungkin tidak pernah mencubanya di rumah.

KEPADA IBU BAPA/PENJAGA YANG INGIN MENDAFTARKAN ANAK-ANAK MEREKA MENGIKUTI PROGRAM INI' BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS 012 3438896 - Hayati-

Tarikh :- 30hb Mei - 3hb Jun & 6hb Jun - 10hb Jun
Tempat :- No.21A,TNB Kuarters, Jln Rasah, Seremban ( Hanan Bakery Bengkel )
Masa :- 9.30pg - selesai
Umur Anak :- 7 tahun - 12 tahun
Bayaran Kelas :- 1 Tajuk RM30
Minumum :- 10 org ( 1 Sessi )

-Ibu bapa/ penjaga perlu menghubungi 0123438896- Hayati utk keterangan lanjut, cara mendaftar utk si manja anda menghadiri kelas ini'

-Semasa kelas berlangsung' ibu bapa/penjaga tidak perlu menunggu si manja'dan boleh menjemput si manja bila kelas selesai

-Tidak perlu membawa apa-apa ke kelas ini' segala bahan-bahan dan resipi akan disediakan oleh Hanan Bakery untuk si manja anda

-Setiap apa yg di masak dan dibuat di kelas' si manja akan membawa pulang untuk dirasai oleh ibu ayah/ penjaga


~JADUAL PROGRAM Moh Main Masak - Masak~

30hb Mei 2011 - Kek Comel utk Ibu

31hb Mei 2011 - Muffin Gebu buat Ayah

1hb Jun 2011 - Piza Cheese yg comel

2hb Jun 2011 - Jom Lukis atas Kek

3hb Jun 2011 - Jom buat Donat

6hb Jun 2011 - Kek Comel utk Ibu

7hb Jun 2011 - Muffin Gebu buat Ayah

8hb Jun 2011 - Piza Cheese yg comel

9hb Jun 2011 - Jom Lukis atas Kek

10hb Jun 2011 - Jom buat Donat

~ PENDAFTARAN UNTUK ANAK-ANAK DIBUKA SEKARANG, IBU BAPA/PENJAGA YG BERMINAT UTK MENGHANTAR ANAK-ANAK BOLEH HUBUNGI SAYA ( HAYATI 012 3438896 )~

Wednesday, May 18, 2011

KELAS TERBARU

Alhamdulilah' syukur pada mu ya allah atas segala nikmat dan apa jua rezeki yg telah engkau tentukan buat hamba mu ini....AMIN

Selepas hampir 1 bulan kelas Hanan Bakery di tutup' akhirnya akan dibuka semula pada 21hb May 2011 ini bersamaan hari Sabtu' Memandangkan ramai kawan-kawan, kenalan yg berminat untuk bersama-sama berkongsi ilmu di Hanan Bakery...Insyallah kita cuba yg terbaik.

Dirumah baru ni' kebetulan ada bilik kosong utk dijadikan kelas' walaupun kecil' namun rasa selesa dan saya rasa ini mungkin lebih mudah untuk kita sama2 membaking di kelas nanti. Penat mengangkut barang-barang dan menyusun semula belum hilang lagi...malah masih ada lagi beberapa barang yg belum habis di kemas kan....bila bertukar tempat' susunan pun berubah.

Untuk jadual kelas kali ini' saya telah menyediakan sendiri kelas yg sesuai untuk hari sabtu dan ahad' dan untuk hari isnin hingga jumaat sesiapa sahaja boleh membuat permintaan untuk mengikuti kelas apa yg disukai.

Tarikh :- 21hb May 2011 ( Sabtu )
Masa :- 9.30pg sehingga selesai
Kelas :- Anika Tart Cheese, Fruit, Chocolate, Cream Puff & E-clair
Yuran :- RM120
Minimum :- 6 Org
Alatan :- Pen, Tuala lap (Peralatan lain dan Resipi di sediakan)


Tarikh :- 22hb May 2011 ( Ahad )
Masa :- 9.30pg sehingga selesai
Kelas :- Anika Pastry ( Basket Puff, Tuna Roll Mayonis, Paris Press,Golden Swan,Egg Tart
Yuran :- RM120
Minimum :- 6 Org
Alatan :- Pen, Tuala lap (Peralatan lain dan Resipi di sediakan)


Sesiapa yg berminat utk datang kekelas ini boleh hubungi 012 3438896 HAYATI, Untuk yg berminat mengikuti kelas pada hari biasa ( Isnin - Jumaat ) pilih kelas yg dihendak di ikuti dan hubungi saya untuk memastikan hari tersebut sesuai untuk anda dan saya membaking.

Sunday, May 8, 2011

Lamanya tak UPDATE

Assalamualaikum semua pengunjung setia blog Moh Masak..Jamu Selero ni...Saya menyusun sepuluh jari termasuk la jari kaki heheheheh memohon maaf kerna dah lama sangat rasanya blog ini tidak di kemaskini dengan maklumat baru dan terkini' ialahkan kita hanya mampu merancang' Allah yg menentukan segalanya.

Dikesempatan ini juga' kemaafan dipohon kepada kawan-kawan yg hadir ke kelas tetapi gambar kelas belum di masukkan dan begitu juga beberapa tempahan dr pelanggan yg tidak dimasukkan gambar. Insyallah saya akan cuba melakukannya sebaik mungkin' walaupun ketika ini situasi saya agak sibuk dengan kerja mengemas, menyusun barang-barang di sbbkan permindahan rumah lain dan bengkel sy juga berpindah sama.

Jadual untuk Kelas Hanan Bakery akan di kemaskini beberapa hari lagi' sbb sekarang ni sedang mengemas barang-barang pemindahan rumah' dan saya jugak sempat sambil mengemas menrangka jadual untuk kelas...Insyallah

Thursday, April 14, 2011

Kek Chocolate Moist

TAHNIAH buat kawan lama Pn Suhanariza Selamat sempena Ulang Tahun Perkhawinannya' Ini adalah kek chocolate moist yg di tempah dr Hanan Bakery'beserta gambar keluarga' Walaupun semasa kek ini dihantar' suhana berada di Hospital di senawang'anaknya kurang sihat' namun saya sempat bersua dengan anaknya' alhamdulilah dah nampak sihat.

Terima kasih sue sudi buat tempahan'

-Cupcake ini pula di tempah oleh seorang kawan dr Tmn Permai, Seremban'dia sangat sukakan chocolate'

~KEK SPAN CHOCOLATE 2KG (TEMPAHAN UNTUK CIKGU YAN MAMBAU)
Alhamdulilah' cikgu yan adalah pelanggan tetap di Hanan Bakery' beliau kerap membuat tempahan kek hari lahir. Terima kasih cikgu yan

~ KEK CHOCOLATE MOIST ~
Kek ini tempahan dr cikgu aina SKDBR' TERIMA KASIH CIKGU

~CUPCAKE CHOCOLATE MOIST~
Cupcake ini ditempah oleh kak lela dr Kg Dato Mansor, Rasah...katanya dia baru dapat tahu rupanya dekat sangat rumahnya dan Hanan Bakery' dan kak lela amat menyukai cupcake nie' sebelum ni dia biasa makan cupcake tp rasa nya amat berbeza' terima kasih buat kak lela sudi buat tempahan

~Kek Gula Hangus Makcik Aton~& Tart Cheese Blueberry
Tempahan dr seorang kawan yg maknya nak sangat makan kek gula hangus' jadi saya cuba la yg terbaik utknya'dan tart cheese tu tempahan dr kak ida di ampangan

~TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KEKAWAN DAN SEDARA MARA YANG SUDI MEMBUAT TEMPAHAN PADA HANAN BAKERY~

KELAS BERSAMA KAK MASLINDA (NILAI)

Pada 10hb April 2011 ( Ahad )' Kak Maslinda dr Nilai menghadirkan diri untuk Kelas KEK CHOCOLATE & ROSE dan EDIBLE IMAGE & DRAWING KEK' Alhamdulilah kelas berjalan lancar.Terima kasih buat kak maslinda yg tak jemu2 datang untuk berkongsi ilmu dengan saya di Hanan Bakery.


~TAHNIAH kepada kak maslinda' teruskan usaha mencuba~
Jika sesiapa berminat untuk berkongsi ilmu dengan Hanan Bakery' Sila Hubungi 012 3438896 Pn Hayati

KELAS KEK & HIASAN

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan dan pengunjung setia Hanan Bakery' Lama sungguh rasanya blog ini tidak di masukkan entry baru' sombong dan sibuk sungguh ye Pn Hayati tu.... hhahahah ini la dia dikatakan 'Jeling2 Manja je pada Blog' pada hal rindu sangat nak updatenya'

Bermula dr KELAS KEK & HIASAN 9hb April 2011 ( Sabtu) Kelas dihadiri oleh kekawan dr Bahau, dan Seremban' Kak liza ( bahau ), Kak Ziha, Kak Nana dan Kak Noor ( Seremban je! )

Pertemuan kali pertama antara kami berlima amatlah meriah' kelas dijalankan dengan gelak tawa bersama' Alhamdulilah kemesraan terjalin dan kami berjaya menghabiskan kelas lebih kurang jam 6:30pm' banyak ilmu yg kami share dan banyak cerita yg kami story...( sedapnya duk campur2 bahasa )

Layan gambar-gambar semasa kelas berlangsung di Hanan Bakery
-Gambar ni agak kelakar kerana semuanya telah keletihan membuat rose' terpaksa duduk bersila...hahahah dah kena dera-
Gambar dengan hasil kerja masing-masing, TAHNIAH Kak liza, Kak Noor, Kak Ziha dan Kak Nana kerna berjaya menghias kek' Semoga selepas ini bersedia untuk menerima tempahan dr pelanggan.

~TERIMA KASIH SEMUA ATAS KEPERCAYAAN YG DIBERI KEPADA HANAN BAKERY~

Thursday, March 31, 2011

TEMPAHAN

Assalamualaikum' lamanya rasa tak masukkan entry baru dalam blog HananBakery ni' keadaan yg agak sibuk, masa yg agak terhad nak mengupdate blog nie' memang setiap hari mengadap depan netbook ni' cuma bila tang nak update blog tu jadi lain plak sangkut nya....Apapun terima kasih kepada semua pengunjung blog HananBakery yg sudi singgah' dan bersama share apa yg patut..

Kali ni nak upload gambar tempahan yg lepas' yang masih tersimpan dalam camera' dan malam nie di alih keluar ke blog......



Tempahan ini dari kekawan yg sudi memberi kepercayaan kepada HananBakery untuk menyediakan kek ulang tahun kelahiran' TERIMA KASIH SEMUA

~Sebarang pertanyaan sila hubungi Hayati 012 3438896~

Tuesday, March 22, 2011

TEMPAHAN

Alhamdulilah tempahan minggu lepas' Syukur kepada mu ya allah atas rezki yang telah di berikan' Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberikan sokongan kepada Hanan Bakery.


TERIMA KASIH BUAT SEMUA ATAS SOKONGAN
~SESIAPA BERMINAT UTK MEMBUAT TEMPAHAN SILA HUBUNGI 012 343 8896 HAYATI~
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers