Sesi persekolahan 2011 bermula pada 3hb Jan' Kaklong husna masuk darjah 2 tahun ni' Kakngah huda baru menjejak kaki di darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Dato' Bandar Rasah, Seremban dan Adik' tadika 5 tahun di Smart Reader Thivy Jaya, Rasah, Seremban. Mlm 3/01/11' sy suruh mereka masuk tido jam 9 malam' tetapi mereka bangun semula jam 11.30 malam' huda yang mula-mula bangun' tanya pada saya' Ibu dah pagi ke? belum ngah'saya jawab' dan dia tanya soalan kedua' lagi berapa jam pagi bu' ? lambat lagi ngah' mungkin tak sabar nak mengenakan pakaian seragam sekolah' almaklumla baru nak menjejakkan kaki ke sekolah' husna dan adik hanan pun turut bangun. Saya minta mereka masuk tido semula lebih kurang jam 12 pg. Semangat untuk ke sekolah dapat saya rasakan bila husna dan huda bangun tido pagi tu dengan ceria lebih kurang jam 6.15pg saya kejutkan mereka untuk bangun mandi, solat subuh dan bersiap untuk ke sekolah sempena hari pertama sesi ini.
Husna dan huda sempat minum Vico suam sebelum kesekolah. Untuk huda' hari ini adalah hari pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan' manakala husna' adalah tahun ke 2 selepas dia di tukarkan dr Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Bkt Chedang semasa menduduki darjah 1 tahun 2010 yang lepas. Hubby minta husna ditukar kan atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulilah proses pertukaran mudah dilaksanakan.
Nur Amiratul Husna & Nur Amiratul Huda
Kakngah huda relax je dia...Kaklong yg suka wat muka pepagi' gambar ni hari pertama ke sekolah' masa nie di kantin menunggu masa untuk perhimpunan rasmi pagi Isnin 3/01/11, Ibubapa pun sama berhimpunan'ramai sbb menemani anak2 mereka yg baru masuk darjah 1, sampaikan waktu rehat masih menunggu' sambung sehingga waktu balik' pelik kalau tengok ibubapa yg macam ni' bukan apa' terlalu memanjakan anak' kalau dah ke sekolah namanya biarkan mereka berdikari sendiri' ada cikgu yg akan mengajar mereka dan memerhatikan mereka' tak perlula nak ditunggu berhari-hari sampaikan anak-anak itu tak pandai nak berdikari sendiri seperti di kantin membeli makanan dan menjalinkan perhubungan dengan kawan-kawan sekelas.
Alhamdulilah ketiga-tiga anak2 saya tidak menangis dan berguling-guling nak ikut balik bila dihantar ke sekolah' malah mereka lebih suka duduk disekolah lama' ini mungkin kerana saya lebih mendedahkan kepada mereka bahawa ilmu itu adalah yg terbaik untuk meneruskan kehidupan' ilmu dunia dan ilmu akhirat' husna dari 4 tahun telah saya masukkan ke Smart Reader begitu huda dan diikuti hanan' tujuannya saya ingin mereka berkawan dan merasa alam persekolahan lebih awal dari yg sepatutnya. Zaman sekarang berbeza dari dulu' anak-anak jika dibiarkan dr kecil bermain'susah untuk didedahkan dengan alam persekolahan apabila umur mereka 5 dan 6 tahun kelak' masih ada ibubapa yg tidak menghantar anak ke sekolah tadika' tapi berbeza dengan saya' pada saya tiada istilah bosan, boring pada mereka' kerana dunia kanak2 berbeza' lebih kita dedahkan kepada mereka ttg pelajaran'lebih mereka senang untuk memahami dan bijak' hanan baru berusia 4 tahun pada 2010' malah dia dah mula kenal huruf dr A ke Z' dari nombor 1 ke puluhan nombor...ini jugak mungkin hanan lebih terdedah awal disbbkan husna dan huda yg suka mengajarnya.....syukur pada mu ya allah....atas kurniaan ini' dengan mengenal huruf lebih awal' hanan boleh menulis namanya sendiri di usia 4tahun.
Nur Amiratul Hanan
I LOVE U ALL SO MUCH...muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh's
No comments:
Post a Comment