Untuk Hari Deepavali ini ada beberapa orang pelanggan saya ada menempah Tart Blueberry dan beberapa jenis biskut seperti Tart Nenas Gulung dan Almond London' Kek juga menjadi pemintaan mereka untuk dijadikan makanan semasa jamuan di perayaan itu nanti. Jadi saya mula menyediakan kulit tart sebanyak mana yang diperlukan.
Untuk satu tray mould tart yang bersaiz 5'cm boleh dimuatkan sebanyak 77biji' kulit tart yang telah di isikan didalam acuan akan dibakar sekurang-kurangnya 10-15minit dan ianya boleh disimpan lama setelah dimasakkan dengan sempurna'kadang kala ianya sedap jugak dimakan tanpa intinya'kerana rasanya seperti biskut. Saya juga menerima tempahan untuk kulit tart sahaja. Kebiasaanya dalam balang besar boleh memuatkan sebanyak 100keping kulit tart dan harganya RM30.
No comments:
Post a Comment