Friday, December 31, 2010

Kelas Shamsiah & Suhanariza

29hb December 2010' kawan lama shamsiah dan suhanariza datang belajar' sham nak belajar kelas kek dan hiasan, manakala suhana kelas basic kek. Biasa kelas habis awal' tapi kali ini kelas habis jam 6:30petang' bermacam-macam cerita kami bualkan' disebabkan dah lama tak jumpa.
 Shamsiah dan Suhanariza ( Kawan satu kampung dan kami sebaya )

Diantara gambar-gambar ketika kelas berjalan'

ZoO Ulu Klang

Pada 26hb Dec 2010 yg lepas' kami ke ZoO Ulu Klang' saje bawa anak-anak berjalan' semangat untuk ke zoo' dari seremban jam 7:30pagi. Konvoi 3biji kereta, Adik Daus, Ateh dan saya. Hubby tak join sbb dia kena bertugas. Kira-kira jam 8:00pg kami sampai di restoran sebelum ke zoo' kami singgah minum di gerai yg ada si area tempat saya pernah menuntut ilmu satu ketika dahulu. Jam 8:45pg kami masuk ke kawasan zoo' boleh tahan jugak harga tiket masuk' kanak-kanak perlukan Mykids' manakala org dewasa perlukan Mycard' ada 2 harga berbeza' tapi kami dibelanja oleh Maklong ( Kakak sulung saya ). 
Disebab awal dr seremban' kami adalah diantara terawal masuk' binatang-binatang pun belum bangun'. Perjalanan bermula dari Akorium ikan' ke Ular dan seterusnya ke Harimau...hampir 3 jam berjalan' anak-anak dah mula penat' sampai di tempat harimau' saya membeli tiket dengan harga RM2 seorang' dan kami naik kereta untuk sambung melawat tempat lain' kami ramai' sehinggakan kereta itu tidak boleh ditumpang oleh orang lain' kami sekeluarga sudah penuh. Sampai di tempat rehat'kami minum dan makan makanan yang dibawa dr rumah' sambil duduk berbual-bual' mmg ramai org masa tu' kebetulan ada rombongan sekolah'Di akhiri dengan bergambar dan melayan kerenah anak-anak.
Diantara gambar-gambar kenangan di ZoO...

Saturday, December 25, 2010

Cupcake Hantaran

Terima kasih buat adik Madnor dr Pasoh, buat tempahan cupcake untuk dihadiahkan di hari pertunangan kakaknya pada 25hb December 2010.
 SELAMAT BERTUNANG buat kakak Madnor' Alhamdulilah bertambah ahli keluarga.

Tempahan Klinik Juasseh

Tempahan ini dari kawan lama Pn. Ida Hanim dr Klinik Juasseh, Kuala Pilah. Terima kasih  pada semua kawan yang turut membuat tempahan.






Tart Chocolate, Tart Cheese Blueberry, Fruit Tart dan Cream Puff. Kek Aiskrim  itu dibuat khas untuk anak-anak yang menunggu kepulangan ibu di rumah uwan mereka' untuk makan-makan.

KELAS BASIC KEK

Kelas ini hanya untuk sesiapa yg memang tidak pernah membuat kek dan ada minat untuk mendalami bidang ini' bukan belajar hanya untuk berniaga malah untuk keluaga yg paling penting.
Di kelas basic kek ini, saya akan mengajar dan memberi tips' untuk membuat kek pelangi, badam oren, blueberry, kek span vanila dan pandan.
Cara menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek dan apakah bahan yg ekonomi yg boleh menghasilkan kek yg sedap' bahan-bahan yang mudah didapati. Saya akan memberikan penerangan yang jelas' dan memberi idea untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dr rumah.
Jika anda ada minat' sila hubungi ( hananbakery@gmail.com ) atau 012 - 3438896 ~Hayati 

Friday, December 17, 2010

HANTARAN BAHULU ( KAK MASSARAH, BANGI )

Assalamualaikum'

TERIMA KASIH buat kak massarah dr Bangi, sudi menempah bahulu untuk dijadikan hantaran. Sebenar untuk tempahan bahulu biasanya saya akan berikan kepada 'RESEPI IBU ENTERPRISE' iaitu bawah kelolaan emak saya sendiri yg bertempat di Batu Kikir. Sekiranya saya menerima banyak tempahan'saya juga akan membuatnya sendiri di Hananbakery, Seremban. Tetapi Hananbakery lebih tertumpu kepada tempahan Kek, Cupcake, Muffin dan Kelas memasak.

Tempahan bahulu ini perlu dibuat awal 2 minggu sebelum'kerana lebih mudah persediaan dibuat dan saya boleh memastikan yang saya free untuk menghantar tempahan tersebut. 

Jika berminat untuk menempah @ mencubanya, Sila hubungi hananbakery@gmail.com~~012 3438896

Wednesday, December 15, 2010

PELANGGAN TNB SEREMBAN

Assalamualaikum' alhamdulilah' kali ini saya nak cite sikit ttg pelanggan tetap saya yg sentiasa memberi sokongan' wargakerja TNB SEREMBAN' terima kasih buat semua yg sudi membeli dan menempah produk Hanan Bakery.
Mungkin kali ini Dark Chocolate Tart menjadi pilihan ramai, pada mulanya saya hanya cuba menjual beberapa pek, tetapi masih ada yg bertanya ttg dark chocolate tart tu' insyallah pemintaan semua akan dipenuhi.
Biasa kita lihat kalau chocolate tart ramai yang menggunakan kulit tart yg sama dengan cheese tart, namun kali ini saya menghasilkan kulit chocolate dan di isi dengan chocolate juga, badam cincang menjadi hiasan pada bahagian atasnya.


Bukan sahaja Dart Chocolate tart menjadi kegemaran wargakerja TNB' Blueberry cheese tart juga tetap menjadi pujaan mereka.

Terima kasih buat semua wargakerja TNB SEREMBAN, nantikan produk2 makanan yang baru dari Hanan bakery akan datang.

Jika ada sebarang pertanyaan  dan ingin membuat tempahan' Sila hubungi
hananbakery@gmail.com ~~012 3438896
Daisypath Anniversary tickers

Sekadar Memory lama, TAMAT sudah 18/8/2014

Daisypath Anniversary tickers

Nur Amiratul Husna

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Huda

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Nur Amiratul Hanan

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Abdullah Niyaz Nu'man

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers